Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Lu orang ada ini: "Rock tetap rock, studi tetap studi, ibadah tetap ibadah." Masa ini gua pakai seluar jean koyak di lutut. Bila mahu solat di Komtar, ikat kepala lutut dengan key (sapu tangan besar). Heh!

Saya suka menulis dan merakam cerita dalam kaedah tersendiri, walaupun setakat ini baru lima buah buku diterbitkan. Sebelum menulis buku, saya menulis untuk majalah dan surat khabar. Tapi saya menulis bukan untuk suka-suka.

Semasa bersekolah menengah, saya gunakan nama pena Naga Buana. Rakan-rakan se-Asrama Felda Kuala Lumpur masih mengingati nama ini, malah mereka lebih mengenali Naga Buana daripada Hizamnuddin Awang.

Semasa bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh, Besut, Terengganu dan Asrama Felda Kuala Lumpur, saya suka menulis puisi. Di Asrama Felda dan berpanjangan di universiti, saya guna nama pena Naga Buana.

Puisi masih menjadi kegemaran dalam meluah rasa hati. Beberapa buah buku kecil yang memuat catatan puisi saya sudah hilang entah ke mana. Justeru minat menulis puisi dan kata-kata perangsang, banyak saya masukkan di dalam dua buku; yakni Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW).

Insya-Allah, buku seterusnya yang turut ada puisi ialah Hijrah Champion Gaya Rasulullah.

Penulisan KJ Metod bukan kaedah Khairy Jamaluddin! Ramai penulis amalkan, mungkin ramai juga yang tidak amalkan, atau amalkan separuh-separuh. Ini untuk para sahabat yang tertanya-tanya bagaimana saya menulis.

Saya sedang menulis fiksyen futuristik Kombat Armagedon, yang proposalnya sudah dihantar kepada penerbit. Tentu tuan dan cikpuan perasan saya posting beberapa fragmen pendek plot Januari 2587 Masihi. Saya gunakan KJ Metod, dan usai subuh tadi, minda mula sendat. Sudah tidak boleh kembangkan plot ini, jadi saya berhenti.

Kebaikan kaedah ini, seperti templat Tuan Zamri Mohamad, saya beralih ke plot lain, malah boleh menulis buku lain sekali gus. Cuma mungkin kekuatan saya, sebagai pentaksub buku, maka saya perlu banyak merujuk sebelum menulis. Justeru saya terus membaca untuk nukilan plot seterusnya.

0 comments:


Photobucket
top