Kitab agung al-Quran dan
banyak hadis Rasulullah (SAW) bercerita mengenai era terakhir usia bumi kita.
Daripada tafsiran alim ulama era Nabi Muhammad (SAW), para tabi’in dan ulama
selepasnya dan seterusnya ilmuan Islam kontemporari, saya simpulkan seperti dberikut:
“Ia ditakdirkan bahawa Baitulmaqdis atau Jerusalem dan secara besarnya tanah Palestin akan dibebaskan oleh tentera Muslimin. Ia turut akan memusnahkan negara haram Israel dari muka bumi dan al-Masih Nabi Isa binti Mariam kemudiannya akan menjadi Khalifah yang memerintah dari Baitulmaqdis. Nabi Isa Alaihisalam akan mentadbir sebuah khilafah berupa Negara Islam yang akan dibentuk di Tanah Suci Palestin menggantikan negara pembohong Israel.”
“Ia ditakdirkan bahawa Baitulmaqdis atau Jerusalem dan secara besarnya tanah Palestin akan dibebaskan oleh tentera Muslimin. Ia turut akan memusnahkan negara haram Israel dari muka bumi dan al-Masih Nabi Isa binti Mariam kemudiannya akan menjadi Khalifah yang memerintah dari Baitulmaqdis. Nabi Isa Alaihisalam akan mentadbir sebuah khilafah berupa Negara Islam yang akan dibentuk di Tanah Suci Palestin menggantikan negara pembohong Israel.”
Semoga Allah mencucuri rahmat
dan kasih sayang-Nya untuk semua arwah para alim ulama Islam, dan memberkati
usia serta ilmu ulama kontemporari dari seluruh bangsa dan negara. Amin ya Rabb.
Ia juga ditakdirkan sebelum
Baitulmaqdis muncul sebagai pusat pemerintahan Negara Islam, negara haram
Zionis Yahudi Israel akan memenuhi ramalan sebagai ‘negara’ yang menjarah
dunia. Negara tuntunan sang Dajjal dari dunia gelap itu bakal memerintah dan
menjarah bumi dalam satu masa yang dikenali sebagai ‘sehari bagaikan seminggu’.
Pada akhir tempoh itu,
al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul sebagai manusia sebenar,
bertubuh dan beranggota sebagai manusia. Tatkala itu ia muncul sebagai ‘pada
harinya seperti hari kita’, sebagai seorang manusia yang menjelma dari dunia
ghaib.
Pada
saat itu air Laut Galillee akan mengering. Dajjal akan 'memerintah' dunia dari
Baitulmaqdis dan memenuhi misinya sebagai pembohong al-Masih sebenar, yakni
menipu sebagai al-Masih Nabi Isa alaihisalam. Setelah Dajjal muncul secara
langsung, saat itulah Imam al-Mahdi akan muncul.
Banyak kali kaum Bani Israel
melanggar janji mereka dengan Allah, justeru Allah mengharamkan Baitulmaqdis
atau Jerusalem untuk mereka selamanya. Pendudukan Zionis Yahudi di
tengah-tengah negara Arab itu tidak akan berjaya. Itu janji Allah yang Maha
Benar.
Nabi Muhammad (SAW) menunjukkan
kepada kita yang tentera Muslimin akan muncul dari Khorasan bagi musnahkan
negara haram Israel. Bala tentera jihad itu akan muncul sebaik sahaja Imam
Mahdi muncul, kemudian kekhilafahan Islam akan wujud buat kali terakhir.
Musnahnya negara Yahudi Israel
itu buat kali terakhir juga. Sejarah menintakan bahawa tentera Babylon buat
kali pertama menghalau kaum Yahudi keluar dari situ. Kemudian buat kali kedua
oleh tentera Rom. Akhirnya tentera jihad Muslimin akan menghalau mereka.
Fiksyen
ini memangnya sebuah fiksyen. Ia bukan kitab atau kajian ilmiah, namun ditata
dan diadaptasi dari kajian ilmiah. Fasa utama fiksyen ini ialah sebelum “Pada akhir
tempoh itu, al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul secara sebagai
manusia sebenar, bertubuh dan beranggota sebagai manusia.”
Walaupun demikian, pada
pemahaman saya, fasa atau tempoh masa sebelum munculnya Dajjal secara nyata,
tidak kita ketahui secara tuntas. Ilmu itu hanya milik Allah yang Maha
Mengetahui.
Peristiwa atau plot ceritera
di tahun-tahun Masihi selepas 2013 adalah gambaran dari saya semata-mata. Ia
imaginasi saya sebagai penulis novel ini, tidak langsung dinyatakan dalam
sebarang ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad (SAW) dan tafsiran
para ulama. Justeru ia sebuah fiksyen.
Dalam sebuah risalah kecil
bernilai besar, ilmuan Islam Imran N. Hosein menulis, “Dalam masa 10 tahun dari
sekarang, iaitu dalam bulan Rabi al-Thani 1443 Hijrah, dunia Islam akan
memperingati genap 100 tahun peralihan kuasa di Makkah dari naungan Turki Uthmaniah
kepada Sultan Arab, Abdul Aziz bin Saud.”
Imam Ahmad dan Thabrani
meriwayatkan sebuah hadis. Abu Umamah melaporkan yang Rasulullah (SAW) berkata,
“Segolongan umatku tetap memegang dan
menolong agama, mereka keras kepada musuh. Tidak takut terhadap orang yang
menentangnya dan terhadap apa yang menimpa mereka dari cubaan, sehingga datang
perintah Allah mereka masih tetap berkeadaan begitu.”
“Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, di manakah mereka?’
“Baginda menjawab, ‘Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis.’”
Semoga bermanfaat. Hanya Allah
yang Maha Mengetahui.
--- Sebuah misi bermisil.
--- Sebuah misi bermisil.
** Hakcipta Terpelihara 2013
WEB SUTERA @ Hizamnuddin bin Awang.
0 comments:
Post a Comment