Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

"Resipi yang berharga sekali sudah tentulah pesanan tinggalan jujungan kita Rasulullah. Namun tidak kurang bernilai adalah pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan katering." - Zonan Villa. (Ulasan penuh)
Program Bicara Buku di Kedai Buku 1Malaysia (Stesen Puduraya) bersama penulis Web Sutera.

Judul: 50 Sup Champion Resipi Rasulullah
Tarikh: Sabtu, 12 Januari 2013.
 Masa: 2 - 4 petang.
 
Saya kira ramai yang akan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada tarikh ini. Namun singgahlah sebentar di kedai buku.

Program Bicara Buku di MPH One Utama, Damansara Utama. Untuk judul buku yang sama, insya-Allah.  

Tarikh: Ahad, 13 Januari 2013. 
Masa: 2 - 4 petang.

@@@@@@@@ 

Geng Pentaksub Buku Serang PTS Bookcafe, 5 Januari 2013
Usai berjumpa, berjimba, bergebang dan makan dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM), saya dan Zonan Villa menemui geng grup BUKU TIGA LIMA yang gila-gila. Dia orang baru balik dari menyerbu PTS BookCafe. Lepak di Tesco Ampang. Lepas itu beli buku lagi di Popular. Gila! Namun kalianlah yang meriahkan industri buku negara. Tahniah. Moga trip berbaloi.
'Serangan' beberapa orang dari grup pentaksub buku BUKU TIGA LIMA semalam ke Bookcafe.com.my. (Foto kiri) Di tengah ialah Tuan Yg Lain dari Mersing yang borong buku satu bonek kereta. Kata mereka, "Tuan Web Sutera yang jadi peracun."

Saya suka melihat minat mereka yang mengebu-gebu. Sungguh suka.

Andai seorang cikgu seperti Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli suka baca buku, itu petanda baik. Justeru minat ini bakal diturunkan untuk murid-murid, insya-Allah.

Seorang teman bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menulis, “Kalau ibu bapa, guru, pensyarah khususnya para tokoh dan pemimpin masyarakat suka membaca, banyak masalah selesai. Antara cara yang terfikirkan adalah khususnya cikgu bahasa Melayu, setiap minggu murid diminta meminjam sebuah buku atau novel atau apa-apa sahaja bahan bacaan dari perpustakaan dan pada minggu seterusnya mereka mesti menulis ulasan dalam satu kertas kajang. Kemudian kongsi dengan rakan sekelas (ala presentation), tiga yang terbaik akan cikgu bagi hadiah (apa lagi kalau bukan buku!).  Inilah sebabnya kenapa saya mahu jadi pensyarah... insya-Allah!

Beliau menulis lagi, “Nota: Novel RAM dan Bahruddin Bekri adalah novel yang wajar sangat-sangat disyorkan kepada anak murid di sekolah rendah dan menengah. kalau kedua penulis ini mereka sudah suka, maka novel saga tulisan Web Sutera sekali lalu mereka boleh telan.”

Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli menyampuk, “Insya-Allah, saya pasti ‘meracun’ anak-anak murid saya nanti (untuk membaca).”

Kisah 5 Januari 2013 juga, tatkala bersembang bersama Tuan Zonan Villa dan Abang Long di Bangi. Di waktu novelis Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) sedang autograf beratus-ratus buah novelnya, mampir tiga orang budiman. Salah seorang ialah Cikgu Puan Hasmah. Beliau membeli dua buah buku saya - Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, siap diautograf. Kisah kecil mungkin, namun terkesan buat saya.

Dalam status beliau, Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli mencatat, “Kisah semalam bersama kakak Hazliana Zahar dan Shimah Basri. Terima kasih untuk Zonan Villa sebab tolong dapatkan tandatangan, dan Alhamdulillah, semalam dapat bercakap secara peribadi melalui telefon dengan Tuan RAM. Juga sempat bertemu penulis sempoi Tuan Web Sutera, Tuan memang sempoi.”

 Photobucket
Photobucket
** Kredit foto: Grup Buku Tiga Lima.

3 comments:

Welma La'anda said...

Tiba-tiba saya cemburu membaca artikel ini.

Web Sutera said...

Cikpuan Welma, cuba cerita sikit, bahagian yang mana dicemburi itu?

Welma La'anda said...

:) Bahagian buku yang sudah ditulis.


Photobucket
top