Testimoni novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain di Goodreads
Bacaan tamat. Susun atur buku yang sangat
menarik dengan petikan kata-kata hikmat dan surah-surah al-Quran pada permulaan
bab menjadi buku sebagai sumber rujukan baik dari segi falsafah, sejarah
mahupun agama sendiri.
Yang menarik bagi saya adalah petikan dari
kitab cahaya bersinar yang menimbulkan tanda tanya; benarkah ada kitab ini?
Petikan itu seperti sebuah petikan yang benar. Namun tertipu jua kerana kitab
itu hanya bakal dijumpai pada tahun 2020.
Banyak sesi dapat dilihat di mana lebih
menjuruskan bahawa mana-mana makhluk mempercayai konsep Tuhan Yang Esa adalah
makhluk Allah seperti kita orang-orang Islam dimuka bumi.
Secara keseluruhan saya menyukai konsep buku
ini yang menceritakan sejarah melalui cerita. Oleh itu, lebih banyak ilmu
diresap berbanding buku sejarah yang banyak memaksa kita menghadam fakta saja.
Ia lebih memahamkan kita tentang konsep sejarah itu sendiri, sebuah cerita yang
telah berlaku dan perlu menjadi pedoman dan panduan masa hadapan.
Syabas! Menantikan buah tangan kedua dari
penulis ini.
** Dari Elle Syeila.
Manuskrip novel sejarah Konstantinopel:
Menjulang Panji al-Fateh (Working title) sedang disunting. Mesej
dari editor, "Membacanya membuatkan saya merasa seakan-akan sedang membaca
karya-karya David Eddings dan David Gemmell (fantasi, epik) yang sarat plot,
watak dan naratif. Juga terasa sedikit seperti karya Phillipa Gregory (penulis
mapan dalam kisah sejarah bangsawan Inggeris). Jika tidak berhati-hati, mungkin
boleh ‘lemas’ dalam jalinan cerita yang bersimpang siur."
Hijrah Champion
Hasil borak bersama seorang insan istimewa
dalam Facebook. Saya catat kembali untuk diri sendiri terutamanya. Saya bukan yang
terbaik, namun saya ingin berubah. Insya-Allah, sedikit tip untuk berubah.
Jangan tulis kerana duit semata-mata, betulkan
niat. Tulis untuk dakwah dan saling mengingati. Itu hasrat saya, dan syukur
Allah berikan kemudahan. Pitih perlu, tapi redha Allah paling utama. Saya
jahil, sahabat, saya pernah silap langkah. Saya sedar. Doa, taubat dan tawakal.
Kasih dan cinta Allah untuk kita, insya-Allah. Niat bersih, pitih ikut kita
dari belakang, jadi hamba kita, bukan sebaliknya.
Mungkin, hikmah saya boleh istiqamah dan
kuatkan semangat di sela-sela blok minda menulis dan kemalasan ialah justeru
menulis dari hati. Menulis dari kesedaran yang saya perlu buat sesuatu.
Sahabat, saya yakin kamu jauh lebih baik dari
saya, jauh lebih berilmu berbanding saya. Saya tidak mendalam ilmu agama. Cuma
ingin belajar betulkan diri, mahu berubah, niat luruskan langkah sendiri yang
terasa pincang. Mengaku di hadapan Allah. Mahu berubah dan berhijrah, menjadi
lebih baik. Menjadi Champion dari sudut tersendiri.
0 comments:
Post a Comment