Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ada ketika saya berangan-angan, namun saya tidak menjual angan-angan, apa lagi terperangkap di dalamnya. Saya transformasikan angan-angan menjadi cita-cita. Itulah Champion namanya! 
Buku Buat Duit dengan Katering | Seorang pembaca kutip catatan dalam buku ini. "Dalam apa jua usaha pencarian rezeki, sebagai orang Islam kita tidak boleh menafikan takdir Tuhan. Setelah berusaha dengan gigih, fasa seterusnya adalah berdoa dan bertawakal.

“Dari sudut lain, saya cukup yakin apabila memang sudah ditetapkan rezeki oleh Tuhan, halangan dalam bentuk apa pun akan dapat diatasi. Malah dalam kes seseorang yang cuba menidakkan suatu punca rezeki pihak lain, apabila memang itu rezeki kita, jangan risau kerana ia tetap menjadi milik kita.

"Alhamdllilah. Tuan Web Sutera, memang bagus. Tidak rugi berkongsi baca."

@@@@@@

Seorang pembaca novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain terbitkan beberapa kata-kata Aristotle dalam FBnya. Mesej untuk saya, "Ambil petikan novel abang, sedangkan hamba ini hanya berakal cetek. Terima kasih terima hamba (sebagai kawan). Best novel abang Web Sutera. Dua kali hamba baca novel Hijab Raja Zulqarnain, harga pun tak semahal karya-karya di dalamnya."

0 comments:


Photobucket
top