Saya sekeluarga bergerak
ke Nilai pada malam Hari Raya Aidiladha 1433H, Khamis 26 Okt. 2012. Tujuan saya
ialah untuk berhari raya di rumah adik ipar dan biras di sebuah kawasan
perumahan di Nilai. Kedua-dua ibu dan bapa mertua juga turut serta. Kami ke
sana dengan memandu tiga buah kereta.
Sambutan Aidiladha 1433H yang sangat sederhana, sungguh. Walaupun demikian, destinasi saya dan keluarga yang hampir dengan Kuala Lumpur itu ditemani oleh enam judul buku rujukan. Justeru di sebelah malamnya saya meneruskan penulisan dan suntingan novel sejarah Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad yang terasa semakin berat untuk ditamatkan.
Hari kedua Aidiladha saya ke KL Sentral dengan menaiki komuter dari stesen Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit. Matlamat ialah menghadiri Ekspo Buku Islam 4, KL Sentral bagi meraikan sesi Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM), novelis thriller nombor wahid negara.
Sambutan Aidiladha 1433H yang sangat sederhana, sungguh. Walaupun demikian, destinasi saya dan keluarga yang hampir dengan Kuala Lumpur itu ditemani oleh enam judul buku rujukan. Justeru di sebelah malamnya saya meneruskan penulisan dan suntingan novel sejarah Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad yang terasa semakin berat untuk ditamatkan.
Hari kedua Aidiladha saya ke KL Sentral dengan menaiki komuter dari stesen Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit. Matlamat ialah menghadiri Ekspo Buku Islam 4, KL Sentral bagi meraikan sesi Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM), novelis thriller nombor wahid negara.
Sesi satu jam itu
bermula 11.00am berakhir jam 12.00pm. Beberapa info penting dikongsi dan
dibuka oleh Tuan RAM, termasuk makluman tiga buah novel yang akan beliau
nukilkan. Memang dahsyat novelis yang satu ini. Cemburu saya menggebu-gebu.
Antara rahsia penulisan
yang beliau kongsikan ialah tip bagi mengatasi blok penulis (writer’s block). Menurut Tuan RAM, andai
buntu menjelma tatkala sedang menulis, segera baca Surah Ash-Syarh, surah ke-94.
Terjemahannya seperti berikut:
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?Alhamdulillah. Satu tip yang cukup bagus untuk saya amalkan. Terima kasih, Tuan Ramlee Awang Murshid.
“Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.”
Usai sesi itu saya
meninjau sekitar ekspo buku. Lengang dan hambar. Mungkin juga orang tidak ramai
datang justeru ekspo bermula pada hari ke-2 Aidiladha. Pada hari pertama ini
pula hanya dua sesi pengisian ilmu sahaja yang ada. Harap-harap hari berikutnya
sehingga tamat pada 4 Nov. 2012 tidak seperti pada hari pertama ini.
Saya khuatir agenda
‘Santai Bersama 100 Penulis Terkenal’ hanya indah khabar dari rupa. Saya tidak
berharap demikian, namun dilihat daripada jadual aktiviti yang terpampang di
gapura ekspo dan laman web penganjur, saya kira tidak keterlaluan tanggapan
ini. Entahlah.
Sebelum saya naik ke
foyer KL Sentral di mana ekspo buku berlangsung, sempat juga saya menjengah lokasi
gerai jualan kedai buku MPH. Hasil pancingan ialah sebuah fiksyen sejarah
berjudul The Embrace of Harlots oleh David
T.K. Wong, terbitan Marshall Cavendish. Harga diskaun ialah 50%!
Sementara itu, pancingan
di Ekspo Buku Islam 4 hanyalah:
(1) Penenang Jiwa: Pengubatan
dan Rawatan oleh Imam Al-Ghazali (terjemahan kitab Mukashafah al-Qulub),
terbitan Pustaka Al-Ehsan; RM24.00. Diskaun 10%,
(2) Novel Yuda di Padang
Maya oleh Xarine, terbitan Jemari Seni Publishing; harga RM20.00. Diskaun 30%.
Majoriti buku yang
dijual di ekspo ini hanya diberikan diskaun 10% sahaja, kecuali sedikit judul
lain yang kurang laku. Di beberapa status Facebook teman-teman pentaksub buku
yang sempat berkunjung, komen biasa seperti berikut, salah satunya:
“Antara buku yang dihajati, masuk senarai adalah karya Web Sutera. Sudah pegang dan ambil, tetapi kena letak semula sebab diskaunnya tidak banyak.”
Saya
dan seputar teman-teman berharap semoga pihak penganjur buka telinga perihal
harga buku semasa pameran atau ekspo. Penganjur mahu atau tidak, seperti yang
pernah saya katakan banyak kali, diskaun yang bisa menarik lonjakan membeli
ialah paling kurang 20%.
Usai
di ekspo, saya bersama Tuan Attokz ‘The
Cool Guy’, isteri beliau dan dua orang anaknya bergerak menuju ke Amcorp
Mall, Petaling Jaya. Dua lokasi – pasar lambak (flea market) dan BookXcess –
menjadi matlamat, selain untuk mengisi perut yang sudah mendendangkan lagu yang
tiada irama.
Di
pasar lambak saya dan Tuan Attokz dapat pancing buku Taj Us-Salatin, hasil
karya Tuan Bukhari al-Jauhari, terbitan DBP. Harga RM8.00 sahaja!
Kemudian
Tuan Attokz buat-buat bertanya, “Mahu ke BookXcess?”
Saya menjawab dengan selamba, “Kalau datang ke sini tidak pergi ke BookXcess, apa kelas!”
Hasil pancingan di BookXcess seperti di bawah (sambil melayan karenah anak dara sunti Tuan Attokz yang banyak celotehnya):
(1) A Cup of Comfort for Writer – RM9.90 (Harga asal: RM32.90)
Saya menjawab dengan selamba, “Kalau datang ke sini tidak pergi ke BookXcess, apa kelas!”
Hasil pancingan di BookXcess seperti di bawah (sambil melayan karenah anak dara sunti Tuan Attokz yang banyak celotehnya):
(1) A Cup of Comfort for Writer – RM9.90 (Harga asal: RM32.90)
(2)
Marco Polo: From Venice to Xanadu –
RM19.90 (Harga asal: RM72.90)
(3)
Classic Tales of Vampires and Shapeshifters
– RM24.90 (Harga asal: RM49.90), dengan diskaun tambahan 20%.
Sepanjang
berada dalam komuter dari stesen Bandar Tasik Selatan menuju ke Batang Benar,
saya membaca A Cup of Comfort for Writer.
Itu
sahaja buat kali ini. Moga ada manfaat dalam kritik brutal Web Sutera. Harap
maaf.
0 comments:
Post a Comment