Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Memang, insya-Allah, saya bercita-cita Champion. Walaupun manuskrip Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad belum siap (sasaran tidak kurang dari 600 muka surat), dalam sela-sela masa menulisnya, saya kumpul dan garap nukilan untuk sekuel Berfikir Gaya Champion. Juga edit satu manuskrip kerjaya tinggalan arwah Imran Yusuf. 

Dalam minda sudah ada dua lagi idea novel - thriller dan fiksyen / fantasi sejarah - yang mahu dibuat proposal untuk penerbit.

Di sebelah malam 23 Okt. 2012, selepas Isyak, ada perbincangan dengan kustomer untuk katering. Usai berbincang urusan bisnes dan akad dibuat, isteri saya memberitahu tiga orang wakil syarikat itu, "Suami saya novelis."

Salah seorang membalas, "Oh! Memang ada rupa novelis," sambil menjeling novel yang saya bawa. 

Pertama kali isteri saya mengakuinya. Muncul pertanyaan dalam benak, "Novelis ada rupa tertentukah?"

** Foto atas: Saya (kanan) sedang berbicara berkenaan novel sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di kedai buku MPH Subang Parade pada 20 Okt. 2012. Kredit foto untuk Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

@@@@@@@@@@

Sahabat ingat Sup Herbal Champion? Dua hari lepas, editor hantar makluman. "Manuskrip sudah melalui proses penyuntingan peringkat pertama. Kini, sedang melalui proses penyuntingan peringkat kedua oleh penasihat syariah."

Moga Allah mudahkan usaha saya dan penerbit. Tunggu garapan idea baharu Warkah Champion atau Champion Gaya Muhammad, insya-Allah.

Manuskrip novel sejarah Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad pada subuh 24 Okt. 2012 berjumlah lebih 110,000 patah perkataan. Masih agak panjang untuk disiapkan. Deadline 31 Okt. 2012. PECUT untuk paling kurang 20 muka surat sehari, insya-Allah. 

Tuan editor yang budiman memberi inspirasi dan motivasi, Dalam berjuta rakyat Malaysia, Allah pilih tuan kerana tuan mampu. Yakinlah, niat dan cara pastikan betul setiap masa. Islam tidak tengok hasil, bestseller atau tidak, itu bukan ukuran. Paling penting usaha yang tidak langgar perintah Sang Pencipta. Selepas kesukaran, ada kesenangan. Selepas ujian, pasti dibukakan jalan. Syukur terus sabar."
  
Semalam aku terbenam ke lubuk asmara-Mu 
Jauh kembaraku .. melayang
Rohku melayah ke semesta cinta-Mu. 
--- Web Sutera 

Terima kasih, Allah. 

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan umat Islam. 

** Semua novel ini (kanan) menghampiri 1,000 muka surat. Fiksyen sejarah dan perang, persoalan kemanusiaan dan falsafah. Dua daripadanya sudah saya baca. Saya ambil masa lebih kurang 3 bulan setiap satunya untuk menelaah.

Inilah bentuk novel yang saya berhasrat untuk hasilkan dalam bahasa Melayu. Tuan dan cikpuan sanggup baca?

0 comments:


Photobucket
top