“Champion
fokus dan berdisiplin,” kata Jack Dempsey, peninju Amerika Syarikat yang
memegang gelaran juara dunia kelas berat 1919-1926, “Champion adalah orang yang
bangkit ketika dia tidak mampu."
Insya-Allah,
buku Buat Duit dengan Katering (sebelah kiri) nanti akan ada pendampingnya.
Pelengkap perkisahan dalam usaha dan melestarikan menjadi seorang Champion.
Wisata
kehidupan menemukan tarikh 16 Okt. 2012 yang agak misteri. Bertemu dengan
seorang pembaca yang memiliki buku Buat Duit dengan
Katering dan ingin menceburi bisnes ini. Dalam SMS beliau mencatat,
"Saya sudah membaca dari muka surat 98 - 116. Amat terharu. Saya akan
menemui tuan untuk menuntut ilmu satu persatu dari buku itu secara
formal."
Catatan
lama seorang rakan: “Jejak usahawan, baca kisah pengalaman Tuan Hizamnuddin
Awang, a.k.a. Tuan Web Sutera meninggalkan kerjaya untuk mengharungi dan
begelumang dalam dunia bisnes katering. Nostalgia pahit manis yang memukau dan
menawan hati. Pendedahan berani dan terus terang. Langkah demi langkah dalam
membina perniagaan bidang penyediaan makan.”
Seorang jiran yang kini
berkecimbung dalam bisnes katering berkata, "Aku ada beli buku katering.
Mulanya aku tak tahu. Bila aku teliti, eh, kau rupanya yang tulis. Bagus, kau jujur
dalam menulis."
Seorang hamba Allah pula yang
sudah bosan bekerja di bank telefon saya minta info berkenaan buku Buat
Duit dengan Katering kerana beliau mahu mulakan bisnes ini. Saya ceritakan
secara ringkas apa isi kandungannya.
Tip katering
Salah
satu daya penarik sajian makanan ialah penyediaan meja bufet yang melengkapi
tema tertentu. Ia juga turut merangkumi jenis hidangan. Kita perlu kreatif dan
bersedia memenuhi persepsi klien dan tetamu.
Keinginan
dan tanggapan setiap klien berbeza bagi acara tertentu. Justeru itu, katerer
mesti bijak berbincang, menawarkan dan memberi khidmat nasihat yang
bersesuaian. Jangan membuatkan kustomer berfikir banyak bagi menyediakan
senarai menu yang diperlukan. Kita nasihati mereka.
** Saya, Web Sutera, adalah seorang pengusaha bisnes Lusiana Catering sepenuh masa sejak tahun 2006. Selain daripada itu, saya juga hamba Allah yang suka mencatat. Buku Buat Duit dengan Katering dan novel sejarah Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain adalah dua buah buku pertama yang diterbitkan. Insya-Allah, saya akan terus lestarikan minat dan bakat menulis ini.
1 comments:
Salam taniah,kerana berjaya siapkan modul buat duit dengan katering.
Post a Comment