Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

(1) Seorang jiran yang kini berkecimbung dalam bisnes katering berkata, "Aku ada beli buku katering. Mulanya aku tak tahu. Bila aku teliti, eh, kau rupanya yang tulis. Bagus, kau jujur dalam menulis."

(2) Seorang hamba Allah yang sudah bosan bekerja di bank telefon saya minta info berkenaan buku Buat Duit dengan Katering kerana beliau mahu mulakan bisnes ini. Saya ceritakan secara ringkas apa isi kandungannya.

Dua info terkini yang menarik untuk di-highlight berkaitan buku ini. Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh, insya-Allah.

0 comments:


Photobucket
top