Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Hari pertama: Novelis thriller no. 1 negara, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) dan keluarga baru sahaja pulang dari rumah saya. Beliau menjamu selera di Aidilfitri, mengecap masakan Chef Lusiana Adnin. Satu perkara beliau nyatakan, "Walaupun aku menulis novel, aku tidak suka membaca novel. Namun sejak aku baca novel kau, Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain, aku kini membaca novel. Novel kau mencetus minat aku membaca novel penulis lain, pastinya yang terpilih sahaja."

Buat teman-teman yang bertanya, saya dan Tuan RAM ibarat burung pipit dengan enggang, bak semut merah dengan gajah. Namun beliau dan saya senang berukhuwah, walaupun ada pandangan berbeza, tetapi setiakawan dan persefahaman itu yang menjadi ikatan.

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat sekitar KL dan Selangor yang berkunjung ke rumah di Aidilfitri pertama semalam. Kata Tuan AttOkz Dikulgai, "Rasa mee soto Chef Hana (Lusiana Adnin) yang power, serta sambal lado mudo yang pedas berasap."

Sajian yang memang first class! Masih teringat-ingat cendawan goreng dan sambal. Fuh! Makanan memang super sedap. Asyik makan yang terhidang depan mata sampai tak sempat makan soto (di belakang). Rasa rugi.” -- Puan Dayang Aminah, isteri Tuan RAM.

Hari kedua: Palestin, apa khabarmu?

I do not hate people

Nor do I encroach

But if I become hungry

The usurper's flesh will be my food

Beware …

Beware …

Of my hunger

And my anger!

(Mahmoud Darwish)


Hari ketiga: Anak keempat, seorang putera bernama Rayyan Hisyam berumur 5 tahun bernyanyi, "Solat jangan lupa, tiang agama." Terima kasih, sayangku, justeru memberi tazkirah buat abahmu.

** Kredit foto: Puan Dayang Aminah.

0 comments:


Photobucket
top