
Saya mula baca sebelum Subuh 15 Julai 2012 bermula Bab 1: Perjalanan Ke Tangier, kemudian melompat ke Bab 7: Perjalanan Ke Anatolia. Bab pertama sudah pening kepala dengan susunan ayat yang gagal menterjemahkan keindahan perjalanan Ibnu Battuta. Bab 7 agak okey justeru saya mengetahui kebanyakan nama-nama lokasi

Namun masih gagal untuk menarik pembaca lain, saya kira. Andai pembaca itu tidak minat sejarah, pasti di bab pertama lagi akan berhenti mencicipnya. Susunan perenggan dan ayat-ayat terlalu panjang, sehingga tidak tahu di mana harus berhenti. Naratif yang tidak disusun mengikut kaedah penulisan bahasa Melayu, pekat Arab atau Inggeris.
Jauh lebih mudah saya faham novel Angels & Demons dalam bahasa Inggeris oleh Dan Brawn berbanding Rihlah Ibnu Battuta dalam bahasa ibunda.
Geram betul! Mahu sahaja saya olah kembali. Ada sesiapa yang boleh nasihatkan saya berkenaan hakcipta karya ini? Boleh saya olah kembali dan terbitkan secara online?
4 comments:
Salam sejahtera, Tuan Websutera. Pernahkah tuan membaca buku Pengembaraan Ibnu Battuta terbitan IKIM? Visualnya di sini. http://jomsewabuku.blogspot.com/2009/09/pengembaraan-ibn-battutah.html
Salam, terjemahan oleh Tuan Syed Nurul Akla juga telah menjadi fokus kajian PhD oleh Dr. Idris Mansor di USM. Dr. Idris mengkaji penterjemahan aspek budaya daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Sekadar maklumat tambahan.
Tuan Iskandar Syah Ismail, terima kasih atas info. Ya, saya ada lihat buku terbitan IKIM ini. Satu sebab utama saya masih gagal membelinya ialah faktor harga. RM250, bukan? :-)
Sebarang bentuk penterjemahan (secara legal) mestilah mendapat keizinan penulis (penterjemah) asal dan juga rumah penerbitan yang asal. Usah terikut-ikut gaya penterjemah Indonesia yang menganggap segala benda di dunia ini boleh diterjemah tanpa izin. Penterjemaha di Malaysia ialah penterjemah bermaruah yang menghormati kerja-kerja penulisan dan penterjemahan terdahulu.
Post a Comment