Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri.
Hijab Raja Zulqarnain dihasilkan berdasarkan kepada sebuah buku yang bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain hasil karangan Muhammad Alexander atau Wisnu Sasongko. Justeru itu, novel ini bagus dibaca sama ada selepas membaca atau dibaca bersama-sama secara beriringan dengan buku mengenai Alexander Agung seperti yang dinyatakan di atas untuk memudahkan pemahaman pembacaan para pembaca.
Mengenai novel ini, penulis novel Web Sutera menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri yang mengembara merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dengan bantuan Tok Janggut, moyang Zamri, Zamri berubah watak menjadi Sangarius ketika berada sezaman dengan Alexander Agung. Di sana, dia bertugas sebagai jurucatat / jururekod sejarah rasmi untuk Alexander Agung. Walaupun demikian, gaya penulisan orang ketiga tetap dikekalkan dengan penulis sendiri bertindak sebagai pencerita utama.
Dari segi bahasa, bahasa Melayu yang digunakan adalah standard dan mudah untuk difahami. Terdapat beberapa perkataan dan istilah yang agak janggal, namun,penulis memberikan maksudnya di dalam ruangan glosari di bahagian akhir novel. Selain itu, peta dan gambar yang berkaitan juga turut disediakan untuk rujukan pembaca.
Pada masa yang sama, saya turut mendapati beberapa kekurangan yang wujud di dalam novel ini. Pertama,perkembangan dan pembangunan watak Alexander Agung yang kurang mantap dan teliti. Akibatnya,perasaan empati terhadap watak tersebut agak kurang.
Kedua, kekurangan unsur-unsur penarik minat pembaca seperti cinta, komedi, emosi, thriller dan lain-lain unsur penarik yang berkaitan. Kekurangan kedua ini boleh dikaitkan dengan kekurangan yang pertama. Akibat ketiadaan unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas, telah menyebabkan jalan cerita novel ini agak mendatar dan kering.
Kelemahan ini mungkin sedikit sebanyak menyebabkan sebahagian pembaca yang sudah terbiasa membaca novel-novel cinta dan thriller umpamanya akan berasa sedikit bosan membacanya atas faktor seperti yang saya nyatakan di atas. Sebagai contoh,tiadanya babak dan dialog yang menceritakan bagaimana perasaan cinta antara Alexander Agung dan isterinya, Roxana,berputik dengan secara jelas dan terperinci.
Walau bagaimanapun, di sebalik kekurangan-kekurangan ini. saya tetap beranggapan novel ini berjaya dihasilkan dengan baik dan tidak mengecewakan. Satu bonus tersembunyi novel ini adalah para pembaca dapat mengetahui sejarah misi pembebasan Alexander Agung secara santai dan mudah tanpa perlu merujuk kepada buku-buku lain yang membincangkan perkara yang sama tetapi dengan isi kandungan yang mungkin agak 'berat' untuk dihadam oleh sesetengah pembaca.
Malah, secara peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran novel yang sebegini untuk menyerikan lagi industri perbukuan di negara kita. Keberadaan novel ini di pasaran juga umpama memberikan pilihan genre yang lebih meluas kepada para pembaca dan peminat buku di Malaysia, di mana industri buku kita dibanjiri dengan novel-novel cinta yang kadang-kala mutunya bertaraf novel picisan!
Saya mendoakan dan mengharapkan bahawa penulis novel ini, Web Sutera, akan terus menghasilkan buku-buku cereka atau bukan cereka pada masa hadapan.
-- Ulasan dan komentar Tuan Hilmi Isa dari Goodreads Malaysia.
** Alhamdulillah. Terima kasih atas komentar yang membuka horizon pandangan saya, insya-Allah. Dari 5 bintang, beliau berikan 4 bintang kepada novel ini.
Baca testimoni lain di sini.

2 comments:
Saya juga ingin memohon maaf jika ulasan buku saya ini mungkin menyinggung perasaan Tuan Web dengan tidak saya sengajakan. Apa yang saya ulaskan ini merupakan pendapat peribadi saya semata-mata. Saya akui,saya mungkin boleh tersilap (pada mana-mana bahagian) ketika melakukan ulasan saya.
Namun begitu,teruskan usaha Tuan Web Sutera di dalam bidang penulisan. Saya amat menanti-nantikan karya Tuan Web yang seterusnya. :)
Allahu-Akhbar! Mengapa saya perlu berasa kecil hati, Tuan Hilmi? Jangan bimbang, mungkin tubuh saya kecil, tetapi insya-Allah, saya sentiasa berjiwa besar dalam tanggapan. Tuan sebagai pembaca, justeru tuan berhak bagi komen, ulasan dan kritikan.
Terima kasih atas sokongan tuan untuk karya ini. Insya-Allah, tunggu yang lain di tahun ini dan di PBAKL 2013 nanti. Doakan saya.
Post a Comment