Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Champion yang memiliki wawasan teragung bersama petunjuk langit ialah Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam).

Umat dunia belum pernah memiliki seorang Champion seperti baginda, di tahun-tahun Sebelum Masihi, selepas Masihi, sekarang, era mendatang dan sehingga ke akhir dunia fana ini. Rasul terakhir itu membawa wawasan sehingga ke akhirat. Dunia digapai sekadar seadanya, dan kehidupan selepas kematian jua yang menjadi idaman.

Wawasan yang dibawa oleh sang kekasih Allah itu ialah wawasan al-Quran yang mengatakan dunia dan isinya hanyalah mainan belaka. Justeru kematian bukanlah pengakhiran, tetapi ia sebuah permulaan. Allah berkata:

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan yang tetap kekal hanyalah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Surah ar-Rahman, ayat 26 - 27)

Sejarah dunia di abad ini pernah menyaksikan seorang hamba Allah yang ingin hidup lama, iaitu Michael Jackson. Warga dunia dikejutkan dengan terbongkarnya set eksklusif gambar-gambar yang menunjukkan bintang pop Michael Jackson tidur dalam ruang atau bekas pelik yang berisikan gas oksigen termampat. Pada masa itu Michael Jackson berumur 28 tahun, berada di kemuncak kemasyhurannya.

Menurut laporan kaedah ‘perubatan’ itu boleh memastikan dia terus hidup sehingga se
kurang-kurangnya berumur 150 tahun. Laporan juga memetik penyanyi itu sebagai berkata, "Saya telah beberapa kali tidur di dalam kebuk oksigen hiperbarik dan apabila saya bangun, saya rasa seperti orang baru. Saya tidak pernah berasa lebih baik. Saya percaya jika saya merawat badan dengan betul, saya akan hidup untuk sekurang-kurangnya 150 tahun. Akhirnya dia meninggal pada usia 50 tahun sahaja, tidak sampai pun umur wafatnya Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) pada usia 63 tahun.

Walaupun ada pihak mengatakan itu hanyalah berita bohong, namun contoh di atas say
a ambil sebagai satu daripada berjuta kisah manusia bahawa itulah satu tamsil ibarat seorang hamba Allah yang tidak berwawasan sebagai Champion, walaupun dia dikatakan seorang bintang agung kesayangan dunia.

Sebuah puisi saya garap berkenaan insan agung berwawasan Champion:

Sungguh Muhammad itu Pesuruh Allah

dia manusia teladan sepanjang zaman

dia Rasulullah pengakhir para nabi dan rasul
rasul pembawa rahmat seluruh alam;
walau ada manusia seolah dengki akan peribadinya
sejarah tidak pernah lupa menekat rakam
zaman terus berlalu dengan sirah merangkum seluruh era

Wahai junjungan rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang meluruskan jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan

Sirahmu terus menyinar merentas waktu
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah

Wahai pemimpin yang unggul

seluruh umat bahkan semua kehidupan menjadi amanahmu
engkau hadapi cabaran berdarah penuh cekal
tawakal dengan rahmat Allah
engkau pemaaf umat Quraisy dan Thaqif
engkau penyayang umatmu

sedang engkau di hujung nyawa

Pesanmu “Aku tinggalkan kitab Allah dan sunnahku”
itulah khutbah terakam
dalam lipatan sejarah
terus mempedoman manusia
seluruh buana.


Sebagai seorang Champion, wawasan kita ialah:


Teman, ingatlah ke mana jua arah kita

Tuhan tetap setia di sisi
Yang lupa adalah kita hamba
Tuhan di mana kita meminta, di situ Dia menunggu.

Sungguh gembira diri-Mu Tuhan
Terhadap hamba yang mengharap Kurnia-Mu
Selangkah aku kepada-Mu
Seribu langkah Engkau kepadaku.


Memang dunia akan memberikan hasilnya atas usaha kita. Seandainya dunia memberikan segala yang dimahukan, justeru apa gunanya? Ke manakah mahu dibawa? Ketahuilah dunia dan segala isinya akan hancur lenyap. Kematian jua yang pasti, kerana dunia penuh pura-pura dan kefanaan.

“ …… sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu. Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat. Sentiasa mengharap keredaan Allah. Itulah Wawasan Gaya Champion.

Berkaitan:
Wawasan Gaya Champion: Rasulullah Suka Mukmin Kaya Dermawan

0 comments:


Photobucket
top