Membaca celoteh, komentar, cemuhan, tamparan dan pelempang dari sang bijak bistari Tuan Afandi Hassan membuatkan saya mual dan pening kepala. Ya, saya naif dalam sastera. Namun saya menghargai karya sastera yang memacu minda, bukannya karya yang syok sendiri.
Terfikir juga, adakah novel berjudul Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain bakal menerima cemuhan sang bistari bijak pengkarya 'masterpiece'? Justeru sedikit sebanyak saya gunakan Teknik Surah Yusuf yang dicemuh sebagai kaedah penulisan novel picisan. Tunggu! Saya bukan orang sastera.
Novelis Tuan Salleh de Ran memberi komen di status FB saya, “Biarkan sang bijak bistari itu melatah. Penat kelak berhentilah ayam jantan itu berkokok.”
Sementara penulis karya kanak-kanak dan remaja Galeri Ilmu, Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff, memberi komentar begini, “Kita buat kerja kita sebaik mungkin. Janji ramai dapat manfaat.”
Dalam Prakata novel semi-fantasi sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain, saya nukilkan, "Saya cuba sedaya upaya mengamalkan doktrin penulisan Teknik Surah Yusuf yang dipelopori oleh insan budiman, Puan Ainon Mohd. Ucapan jutaan terima kasih atas ilmu yang Puan Ainon curahkan secara percuma itu. Tanpa menghadiri kelas pengajian yang dianjurkan oleh Puan Ainon, mungkin saya tidak menemui jalan melestarikan minat saya dalam penulisan. Terima kasih, Puan Sifu yang dikagumi."
Saya tiada ijazah sastera, apatah lagi bergelar profesor dengan bertaraf mahaguru, seperti Tuan Afandi Hassan yang hebat itu. Teringat akan kata-kata mantan CEO saya yang berkata lebih kurang begini, "Penyelidik memang mahir dalam bidang masing-masing, tetapi apabila menulis laporan penyelidikan, hanya dia seorang sahaja yang faham. Jangan syok sendiri!"
Kurang impaknya menghasilkan karya sastera 'bermutu' dan bersifat 'mahakarya' sekiranya isinya hanya 'orang-orang dia' sahaja yang membacanya. Matlamat merakyatkan sastera hanya menjadi angan-angan Mat Jenin yang syok sendiri. Dalam pada itu tidak pula saya mengatakan sastera separa lucah dan cabul patut diraikan!
Komen novelis PTS Puan Maya Iris, “Bukan mudah menyedarkan orang apabila dia sudah berada dalam tahap syok sendiri. Lantas dikatakan orang lain yang tidak syok sama-sama dengannya itu semuanya salah dan defensif.”
Komen dari seorang pembaca novel PTS
Teknik Surah Yusuf adalah salah satu teknik menghasilkan novel, ia bukan penyebab sesuatu karya itu dilabel sebagai ‘picisan’ ataupun sebaliknya. Dasar penerbit buku itu yang menentukan sama ada mereka hendak menerbitkan sesebuah karya ataupun tidak.
Karya-karya remaja yang diterbitkan PTS bukan ‘picisan’ kerana ia mengandungi unsur-unsur moral yang baik dan ia menggunakan bahasa Melayu tinggi. Hal ini menimbulkan minat membaca dalam diri anak-anak yang pada suatu masa dahulu bosan dengan penampilan buku-buku DBP yang gambarnya kusam dan isinya kurang menarik.
Pengkritik Teknik Surah Yusuf harus menyedari bahawa perkara yang paling penting dan utama ialah sebagai sasterawan ataupun karyawan, ‘karya’ mereka harus sampai kepada masyarakat umum. Karya itu seharusnya memberi manfaat semaksima mungkin, oleh demikian,teknik penghasilan sesuatu karya bukan isu utama. Sumbangan karya kepada pembangunan jiwa dan moral masyarakat lebih penting.
Teknik Surah Yusuf sangat mudah difahami dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang berminat hendak berkarya. Picisan ataupun tidak sesuatu karya itu bukan kerana tekniknya tetapi kerana idea pencerita itu.
Puan Ainon mendapat ilham mengajarkan teknik ini demi perjuangan ‘memandaikan bangsa’, sejak PTS bertapak buku-buku Melayu memperoleh penghormatan yang tinggi daripada kedai-kedai buku antarabangsa, yang pada suatu masa dahulu berpendapat menjual buku-buku Melayu sebagai sesuatu yang membebankan.
Kini, buku-buku Melayulah yang melonjakkan jualan di kedai-kedai mereka. Terbukti PTS berjaya mengembalikan maruah bahasa Melayu dan buku-buku Melayu. Rupa-rupanya buku-buku Melayu setanding buku-buku terbitan luar negara seperti Harper Collins dan Penguin.Kebangkitan ini juga memberi manfaat kepada penerbit-penerbit buku Melayu yang lain.
PTS juga menyedari bukan hanya sasterawan yang mampu berkarya tetapi juga orang biasa. Malah PTS berjaya mencungkil bakat penulis dari kalangan profesional seperti para doktor, jurutera, peguam, akauntan dan pegawai kerajaan.Teknik Surah Yusuf mendedahkan teknik berkarya yang mudah, anggun dan bersempadan.
Saya ingin bertanya apakah sumbangan pengkritik Teknik Surah Yusuf kepada negara, sejauh manakah jasa kaum persuratan baru memartabatkan bahasa Melayu?
Jangan hanya pandai mengkritik, tetapi lakukan sesuatu supaya industri buku Melayu di Malaysia bertambah meriah lagi! Kami menanti karya anda di pasaran?
Sekian. (Nor (norazilaco@gmail.com) dari laman Universiti Terbuka PTS.)

4 comments:
Pada pandangan saya, Tuan Affandi telah menyalakan fius dengan menyifatkan karya yang ditulis dengan Teknik Surah Yusuf sebagai "picisan." Pemilihan perkataan itu tidak diperjelaskan. Saya faham kenapa ramai ada orang, seperti Tuan sendiri, boleh tersinggung.
Teknik Surah Yusuf dan Persuratan Baru, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk sesebuah idea/teori itu menjadi utuh, ia perlu dinilai, dikritik, dipraktik, dan diperbandingkan. Sayangnya dalam perbincangan ini ada individu dari kedua-dua belah telah seakan-akan mengesampingkan adab apabila berhujah dan berdialog.
Penutup kertas kerja Puan Ainon tentang Teknik Surah Yusuf (Appendiks 5 buku Teknik Surah Yusuf) berbunyi, "Idea-idea yang dikemukan dalam kertas kerja ini adalah idea-idea awal. Lebih banyak lagi kajian perlu dilakukan bagi menghasillan teknik-tenik terjemahan Qurani yang lebih terperinci." Dengan membentangkan kertas kerja ini Puan Ainon sebenarnya mengalu-alukan pandangan dan kritikan terhadap Teknik Surah Yusuf. Saya percaya jika Puan Ainon seorang yang syok sendiri, beliau tidak akan berbuat sebegini.
Ada aspek Teknik Surah Yusuf yang saya setuju dan tidak setuju. Ini pandangan peribadi saya. Saya juga tiada ijazah sastera. Sekurang-kurang Tuan telah mengaplikasikan Teknik Surah Yusuf, justeru pandangan Tuan kredibel untuk diterima pakai oleh orang lain berbanding pandangan saya.
Andainya kita semua tidak dapat mencapai sebarang persetujuan, shall we agree to disagree? Wallahua'lam
Saya raikan pandangan yang berbeza dalam amalan demokrasi, namun begitu:
"Memperolok, mengejek dan memandang rendah orang lain sebenarnya disebabkan oleh hati yang busuk. Di dalamnya tertanam perasaan ego, sombong dan merasa diri sendiri lebih sempurna, tinggi dan serba cukup tanpa merasa sebarang kekurangan." -- Prof. Dato' Paduka Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dalam buku Tafsir Ayat Ahkam yang sudah saya khatamkan lebih seminggu yang lalu.
Mengkritik satu hal. Mencemuh dan menulis dengan penuh ayat-ayat panahan beracun terhadap teknik orang lain yang dikatakan memandu penerbitan karya picisan adalah hal yang amat berbeza sekali. Saya bukan ahli sastera agung. Walaupun demikian, saya juga melakukan kritikan, termasuk novel Salju Sakinah. Kritikan lain. Cemuhan dan menghina seumpama perkataan 'Puan Wali Tadbir PTS' membawa makna yang amat lain sekali.
Tuan r.o.l, "Andainya kita semua tidak dapat mencapai sebarang persetujuan, shall we agree to disagree?" Ok saya bersetuju, insya-Allah :-)
Tuan web sutera, terima kasih. Komen balas tuan banyak menjernihkan pandangan dan penilaian saya tentang isu ini.
Post a Comment