19 Zulkaedah 1432H - Ia sebuah ceritera cinta. Qamarain mengadu kepada Allah bila bermasalah, sampai ke akhirnya. Nur Sayang membentangkan kebenaran Islam kepada Dr. Andrew melalui makna ayat-ayat al-Quran walaupun dia sendiri masih tercari-cari identiti diri. Cabaran dan tempelak dari Dr. Andrew membuahkan hasil lumayan buat kedua-dua manusia itu.
Saya larut dan asyik akan luahan hati Dr. Andrew tentang keinginan memahami al-Quran dan apa ajaran Allah lewat kitab Allah tersebut. Dr. Andrew memperoleh hidayah Allah dan menukar nama kepada Dr. Ehsan. Doktor itu bertekad mengamalkan ajaran Islam seperti saranan al-Quran, namun hatinya kecewa dan terus membawa diri ke Gaza, Palestin.
Detik dan kesungguhan Dr. Ehsan di hospital Gaza dinarasikan tuntas. Perjuangan umat Palestin demi sebuah syahid memilukan dan saya terkesima, seperti mana terkesimanya Dr. Ehsan dapat ‘melihat’ bagaimana mereka cintakan syahid dan merindui syurga Allah seperti dijanjikan dalam al-Quran.
Di Gaza Dr. Ehsan menemui cinta sejatinya, iaitu mati syahid seperti mana termaktub dalam al-Quran. Dia menemui kekuasaan dan rahmat Allah membantu insan lemah yang akan diganyang oleh Yahudi Zionis laknat. Allah menurunkan bala tentera-Nya yang entah dari mana. Subhanallah! Dia menemui cinta agung Allah di bumi para nabi.
Di sepanjang pembacaan, saya mengakui bahawa seorang jurutera sofwer berjaya merasai pahit getir perjuangan umat Islam Palestin melalui watak-watak syahid. Dalam masa yang sama saya kagum jurutera sofwer Maya Iris boleh menukilkan plot novel sebaik ini.
Saya beritahu penulis Puan Maya Iris bahawa novel ketiga beliau ini bakal menjadi bestseller dalam masa singkat, berbanding dengan dua buah novel sebelumnya. Salah satu faktor ialah desain kaver hadapan. Sememangnya desain kaver Mahar Cinta Cinderella lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan novel-novel Islami terbitan PTS.
Pada hemat saya, desain kaver yang memaparkan wajah orang tidak lagi menjadi trend yang menarik untuk sesuatu kaver sesebuah novel. Sekiranya wajah orang itu perlu juga, jangan menjadikannya suatu imej besar yang memenuhi sebahagian besar desain kaver. Cukup sekadar kecil sahaja.
(Web Sutera atau Hizamnuddin Awang ialah penulis buku Buat Duit dengan Katering. Beliau juga seorang pentaksub buku yang sering membuat resensi buku dan memberi kritikan dari segenap sudut bagi sesebuah buku yang ditelaah.)
Ini pula resensi dari anak saya:
Aku bukan hendak bercerita fasal Cinderella. Aku mahu maklumkan bahawa aku baharu selesai membaca sebuah novel berjudul Mahar Cinta Cinderella. Pengarangnya ialah Maya Iris, rakan abah aku.
Sangat best novel ini, bercerita fasal cinta Islam yang sebenar. Memanglah aku tidak menyukai novel cintan-cintun, tetapi ini bukan cinta sembarangan. Ia berkisarkan cinta di jalan Allah.
Kavernya pun lawa. Mula-mula tengok kaver lawa, terus tertarik untuk membacanya. Selepas membaca sinopsis, terus berasa mahu baca isi kandungannya pula. Kisahnya seperti berikut.
Pertemuan Nur Sayang dengan Dr..Andrew bila Dr. Andrew selamatkan Nur Sayang iaitu jururawat pelatihnya. Di waktu Nur Sayang kena ragut, Dr. Andrew menggunakan sepasang kasut sahaja untuk menyelamatkannya . Kemudian dari situ dia orang berkenalan.
Dia orang selalu bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pandangan tentang isi al-Quran. Kemudian Dr. Andrew memeluk agama Islam dengan menukar nama kepada Dr. Ehsan.
Dr. Andrew masuk Islam bukan sebab Nur Sayang, tetapi disebabkan hati dia tertarik dengan Islam. Selepas itu Dr.Ehsan melamar Nur Sayang, tetapi ditolak. Jadi Dr. Ehsan merajuk dan pergilah ke Gaza , Palestin.
Mula-mula tujuan utama pergi ke sana sebab merajuk. Bila Dr. Ehsan sudah berada di Gaza, tujuan dia jadi baik untuk menyelamatkan mangsa peperangan di sana.
Dipendekkan cerita, masa dia balik ke Malaysia, Dr. Ehsan mahu mencari Nur Sayang, namun tidak dipertemukan. Jadi dia berjumpa Dr. Zaharah, rakan sekerjanya yang juga mengenali Nur Sayang. Rupa-rupanya Nur Sayang pun suka Dr.Ehsan dari dulu tetapi tidak mahu mengaku. Akhir sekali, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang lagi sekali. Kemudian dia orang merancang untuk berkahwin. Happy ending.
Sudut pandang yang berbeza dari seorang ayah dan anak perempuan terhadap novel cinta Islami berjudul Mahar Cinta Cinderella. Daripada lima bintang, saya berikan empat kepada novel cinta Islami ini.
Saya petik beberapa rangkap isi yang ditulis oleh Puan Maya Iris yang menarik untuk ditelaah:
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd, 2011
ISBN-13: 978-967-408-009-9
Jumlah Muka Surat: 400
Harga: RM 18 / RM 20

Dengan pantas Nur Sayang melabuhkan punggungnya di kerusi pesakit sebelah meja Dr. Andrew. Kepalanya tertunduk tidak berani bertentang mata dengan Dr. Andrew. Dia mengesat airmata dengan hujung tudungnya. Tahu-tahu sekotak tisu disuakan di hadapannya.Judul: Mahar Cinta Cinderella
“Saya sudi mendengar.” Dia terdengar suara Dr. Andrew berkata.
“Entahlah doktor. Hidup saya ini kucar-kacir. Ibu saya dengan masalah tidak dapat keluar dari perkahwinannya. Saya pula dengan masalah tidak dapat masuk ke dalam alam perkahwinan. Begitu ironi, bukan?” Nur Sayang memulakan bicara.
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd, 2011
ISBN-13: 978-967-408-009-9
Jumlah Muka Surat: 400
Harga: RM 18 / RM 20
2 comments:
Terimakasih kepada Tuan Web Sutera dan anak Tuan di atas resensi karya ini. Nampaknya mesej karya ini 'sampai' kepada ayah dan anak, walaupun dari sudut berbeza. I like...
Kalau hidup terasa kucar kacir, kembalilah kepada Allah. Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah. Itu antara mesej dari Mahar Cinta Cinderella.
Saya menunggu sekuelnya, justeru ada ceritanya tergantung. Bila mahu 'matikan' mamat Yahudi laknat itu?
Post a Comment