Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

5 Zulkaedah 1432H - Selepas kata-kata aluan dan doa, saya meneruskannya lebih kurang begini:

“Sepatutnya saya berada bersama tuan-tuan dan puan-puan di sana, bukannya di hadapan ini sebagai penceramah. Namun takdir menentukan bahawa saya dijemput sebagai penceramah, sedangkan saya seperti mana tuan-tuan dan puan-puan masih terus belajar.


“Suka untuk saya mengatakan bahawa sesi ini biarlah menjadi sesi bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman serta mencambah minda, bersama-sama. Nama-nama besar di hadapan saya, bikin saya gundah. Tolong bantu saya andai tersasul kata dan bahasa.”


Alhamdulillah. Sesi pengk
ongsian idea dan wacana di Bengkel Realiti Penulisan Islami anjuran penerbit Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) berlangsung dalam suasana santai penuh keilmuan. Saya diamanahkan oleh Editor Kanan buku umum GISB, Tuan Haji Zakaria Sungib, membentangkan ceramah bertajuk Meneroka Buku dan Mengurus Blog.

Sebelum menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berkesempatan berkunjung ke ofis GISB di Astana Karya, Kota Damansara, Selangor, pada 27 September 2011. Selain menjamu selera dengan nasi Arab dan sate sempena majlis tautan Aidilfitri anjuran GISB, saya berbual panjang bersama Tuan Haji Zakaria Sungib dan Tuan Amir Abdul Hamid (editor novel).


Salah satu pertanyaan saya kepada Tuan Haji Zakaria Sungib, “Saya sudah lama mahu bertanya. Bagaimana nama saya boleh naik sebagai penceramah?”

Tuan Haji Zakaria Sungib menjawab, “Puan Ainon yang mencadangkan nama tuan.” Subhanallah! Ya, insan budiman dan juga guru saya Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohamad, rupa-rupanya yang memberi ujana supaya menjemput saya berceloteh tajuk Meneroka Buku dan Mengurus Blog. Terima kasih, Puan Ainon Mohamad.


Photobucket
Pada hemat saya yang daif ini, apa yang saya sampaikan di sesi ceramah dari jam 9.10 am -10.20 am itu sudah saya kongsikan bersama para peserta 25 orang itu. Berlokasi di Masjid Al-Ghufran di suatu dataran tinggi di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, saya menceritakan jejak-jejak pembacaan dan pengelolakan beberapa buah blog.

Antara poin-poin yang saya nyatakan:


- Banyak membaca dan memerhati, kemudian menulis dalam blog.

- Ceritakan apa yang dibaca, apa info yang diperoleh. Kongsi bersama demi kebaikan.

- Tuliskan dengan gaya bahasa sendiri apa sahaja.

- Tuliskan perjalanan kehidupan seharian yang ingin dikongsi; perkara baik sebagai panduan dan perkara kurang baik sebagai tauladan.
- Ada peminat / follower.

- Kerapkan kemaskini atau menulis artikel di blog. Paling kurang dua kali seminggu / seminggu sekali.

- Bahan-bahan penulisan dalam blog dikembangkan menjadi buku.

- Tip: (1) Menulislah dari hati, insya-Allah ia menjadi menarik. (2) Menulislah dalam bahasa Melayu Tinggi. Jangan menggunakan bahasa rojak dan SMS, seperti mana mana budak-budak / remaja zaman sekarang.


Bagi penulis dan bakal penulis, kebaikan membaca paling utama ialah kita ada banyak idea untuk menulis. Seorang penceramah selepas sesi saya ialah Tuan Syed Alwi Alattas. Saya
dan beliau mengatakan salah satu cara memperoleh idea menulis ialah dengan membaca karya orang lain. Perkara paling mustahak, jangan menciplak!

Photobucket
Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya singgah di jualan Popular di Central Market. Berjaya memancing buku-buku kompilasi khas PTS-Popular yang tidak dijual di PTS Bookcafe; The Best of Dear Yayah (RM24.90), Young Aisyah: The Series (RM39.90) dan Motivasi Pilihan Pelajar Gaya Smart Study (RM29.90). Dua judul pertama diskaun 25% dan judul ke-3 diskaun 30%.

Buku lain ialah koleksi khas Kemilau-Popular berjudul Inspirasi Cinta Terhebat oleh Tuan Burhan Sodiq (RM39.90) dan Mari Kita Terbang ke
Syurga karangan Imam al-Ghazali (RM30.00), terbitan Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. pada kadar diskaun 25%.

Manakala dua buah lagi ialah Alexander the Great: Art of Strategy (RM54.95) dan What About the Big Stuff (49.90), pada diskaun 70%. Amat berbaloi.


Foto-foto rak buku ini saya tunjukkan kepada peserta Bengkel Realiti Penulisan Islami anjuran GISB pada 1 – 2 Oktober 2011. Ini sebagai pemberi semangat kepada peserta bahawa hanya dengan membaca banyak buku dan kitab, baharulah kita boleh menulis dengan baik.


Photobucket
Beberapa bulan lalu, masih ada separuh ruang kosong. Kini sudah hampir penuh. Memang saya dan keluarga pentaksub buku dan ilmu.

Berkaitan: Bengkel Realiti Penulisan Islami di Masjid Al-Ghufran TTDI KL

Menulis Dari Hati Di Bengkel Realiti

2 comments:

kak lia said...

salam ziarah blog..

Web Sutera said...

Terima kasih, sdr. Liya71 atas kunjungan dan jejak. Teruskan memeriahkan dunia ilmu dan perbukuan negara.


Photobucket
top