Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.


1 Zulkaedah 1432H - Terima kasih kepada Tuan Ramlee Awang Murshid kerana sudi menjemput saya bagi program Resensi di RTM. Bicara buku Resensi merupakan satu program kendalian novelis thriller No. 1 Malaysia ini. Sebagai pembaca tegar semua karya penulis ini, saya sangat teruja apabila mendapat panggilan telefon bagi membicarakan buku Buat Duit dengan Katering yang dihasilkan bersama rakan penulis Tuan Imran Yusuf.

Terima kasih khas untuk isteri Cef Lusiana Adnin dan Cikpuan Elle Syeila (pengasas RAMFC) yang menemani saya. Tidak ketinggalan dua orang staf PTS iaitu Tuan Roslan Isa (dari jabatan pemasaran PTS) dan Tuan
Hairul Faizal Adli (Editor Perolehan PTS Pro) yang turut hadir memberi sokongan.

Sudikan mendengar bicara saya, walaupun pastinya ada kekurangan.

0 comments:


Photobucket
top