Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

28 Syawal 1432H - Dalam buku Buat Duit dengan Katering, saya ada tuliskan berkenaan dekorasi meja bagi katering. Selain dekorasi pintu gerbang pengantin bagi keraian perkahwinan, meja bufet dan meja VIP juga elok dihias dengan dekorasi bungan hidup (segar) atau bunga plastik.

Faktor keenakan sajian juga mengambil elemen pujukan, citarasa dan persepsi minda. Minda yang dapat dipujuk supaya ‘berselera’ juga turut merangkumi hiasan berupa dekorasi bunga meja.

Tahniah, Cef Hana, kerana dengan kreativiti beliau, meja bufet dan meja VIP / VVIP kelihatan segar. Namun harus diingat, kreativiti juga ada harga tersendiri.

** Bisnes katering merupakan kerjaya saya setelah 15 tahun bekerja makan gaji. Kini sudah hampir enam tahun menggeluti dunia bisnes ini. Di samping sibuk dengan urusan katering, saya juga masih diberi kesempatan dan kelapangan oleh Allah untuk menghasilkan manuskrip bagi beberapa buku. Insya-Allah, tahun ini beberapa buku saya akan diterbitkan.

0 comments:


Photobucket
top