22 Syawal 1432H - Buku ini terbitan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM ialah sebuah gerakan anak muda 'non-formal structural' yang menghimpunkan anak - anak muda Malaysia dari perbagai latar belakang yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan suatu takdir yang harus dinanti tetapi merupakan tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
Menurut kenyataan SAMM, “Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukanlah yang terbaik di zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah!”
Buku kedua terbitan SAMM ini bertajuk Fitnah, mengandungi 260 muka surat menerangkan secara ringkat, padat dan mudah mengenai Fitnah 1 yang bermula dengan buku 50 Dalil, Fitnah 2 dan isu video seks.
SAMM menjelaskan “penerbitan buku ini bertujuan memperingatkan semua kisah di mana kita bermula untuk bersatu melawan regim kerana kes perbicaraan ini telah menjadi titik penyatu perlambangan kerosakan negara apabila semua elemen dipergunakan untuk membunuh seorang insan bernama Anwar Ibrahim.”
Penerbitan buku ini bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan Kehakiman, polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia. Perbicaraan fitnah 1, fitnah 2 dan konspirasi video seks membuktikan bagaimana negara ditadbir dengan begitu rakus oleh pihak terdesak. Harus diingatkan ia bukan kerana susuk Anwar Ibrahim semata – mata. Kes Anwar Ibrahim hanya penyatu untuk rakyat bangkit dan sedar mengenai kebobrokan negara dan perlunya reformasi demi kelansungan negara ini.
Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat. Bagi yang berada lama dalam lapang perjuangan, buku ini sesuai menjadi re-cap mengingatkan kita mengenai peristiwa penyatu 1998. Bagi yang baru tersedar dan meminati perkembangan semasa, buku ini ringkas dan mudah untuk difahami. Bagi kita semua khususnya yang berminat menjadi penyampai yang baik buku ini menyingkap semua peristiwa fitnah bermula dari buku 50 Dalil, fitnah 1, fitnah 2 dan terkini konspirasi video seks.
Terdapat juga beberapa dokumen mahkamah yang mungkin belum anda temui. Juga perbagai fakta yang tidak disangka. Semuanya akan membantu anda menjadi penyampai yang padat, mudah dan ringkas.
Semoga rakyat malaysia mendapat kesedaran daripada apa yang dibaca, dan semoga kita akan terus bersama dalam memperjuangkan keadilan dalam negara ini. Kes ini harus dipandang bukan sekadar serangan peribadi ke aras Anwar Ibrahim, tetapi kecurangan sistem dan kehancuran keadilan dalam negara. Ia perlawanan menegak negara hukum. Berjuang bersama Anwar Ibrahim tidak semestinya Anwaris. Kita anak muda memilih untuk bersama Anwar Ibrahim untuk mengambil kesempatan ke atas beliau mempergunakan kesnya bagi menyatukan semua tenaga bagi melawan regim warisan penjajah demi masa depan tanahair.
Untuk tempahan melalui POS sila hantarkan wang POS RM20 (RM15 harga buku dan RM5 caj POS), tulis atas nama EDY NOOR REDUAN ke alamat C-16-02, PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, 59200 K.Lumpur.
Berkaitan: Konspirasi seks: Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO
Kita bongkar FITNAH TERLAMPAU ABAD INI!!

0 comments:
Post a Comment