Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

21 Rabiulakhir 1432H - Isu ini sudah lama terkait atau cuba dikaitkan ke batang tubuh manusia ini. Saya sedang mengulang baca buku berjudul Anwar Terjerat: Teori Konspirasi Menjatuhkan TPM Melalui Tuduhan Skandal Seks, tulisan Tuan Ahmad Lutfi Othman, diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda, Kuala Lumpur pada September 1997.

Saya sebagai rakyat yang sudah melihat kes liwat pertama yang telah selesai (dan berkubur!) dan kes liwat kedua yang sedang hangat di mahkamah, tetap tidak percaya bahawa sosok tubuh bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim begitu kelakunya. Saya bukan pemuja beliau kerana hanya ALLAH yang selayaknya dipuja, namun saya mengikuti segenap peristiwa berkaitan beliau.

Sampai sekarang dan mungkin selamanya saya akan terus mengatakan bahawa apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik bagi membunuh karektor beliau. Memang sejak dahulu Anwar Ibrahim menampilkan karisma sebagai pemimpin. Justeru ramai pihak yang seakan dengki dengan beliau.

Walaupun begitu, bak kata Tuan Ahmad Lutfi Othman dalam buku yang saya ulang baca ini:

“Apabila berlaku serangan fitnah ke atas diri kita, muhasabahlah diri, apakah keterlanjuran yang telah aku lakukan sehingga fitnah boleh menimpa diri? Anwar juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.”
Saya ulangi membaca buku ini bertujuan mencari sedikit maklumat lama bagi tujuan komentar dan menambah kembali keyakinan untuk diri sendiri. Buku ini dihasilkan semasa Anwar Ibrahim masih dalam UMNO-BN. Apatah lagi sekarang ini beliau sudah tidak lagi dalam parti tua yang sedang mahu terkubur itu. Fitnah demi fitnah. Sampai bila?

Konspirasi liwat kedua masih terkial-kial untuk dimanipulasikan oleh UMNO-BN, kini video seks pula. Menurut hemat dan pemerhatian saya, majoriti rakyat, tidak terkecuali saya, sudah muak dan teramat bosan dengan segala tipu daya dan gelagat pemerintah. Saya sudah termuntah beberapa kali dengan aksi tempang dalam segala usaha yang dibuat oleh UMNO-BN dalam meneruskan legasi momokan yang hanya khalayan semata-mata.

Berkaitan:
Konspirasi video seks: Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO

“Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah, ayat 9)

Apabila orang-orang kafir atau orang-orang fasik lagi jahat berkomplot, mereka tidak menyedari bahawa apa yang disebutkan dengan kata Allah “mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya”.

Sebenarnya apa yang mereka rancang serta alami merupakan khayalan yang direka supaya diterima oleh mereka, bukan orang lain. Segala komplot yang mereka aturkan hanyalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti juga segala perbuatan jahat mereka yang lain. Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati,, dan menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian dengan Allah. Justeru itu mereka sebetulnya terperangkap di dalam pelan jahat mereka sendiri.

Allah menempelak:

“Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”
(Surah al-Anfal, ayat 30)

Allah menyatakan penyudah yang buruk kepada kejahatan mereka:

"Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan komplot jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya,"
(Surah an-Naml, ayat 50 - 51)

Sahabat bloger saya berkata, "Laungan REFORMASI bergema / bersemarak semula" di sini. Fikir-fikirkan dan taakul sendiri.


Berkaitan: ALLAHU AKHBAR , RE-FOR-MA-SI: We're not idiot and fool (video)

Berkaitan: Kita bongkar FITNAH TERLAMPAU ABAD INI!!
Penguasa angkuh menyemarakkan kembali REFORMASI!

3 comments:

Web Sutera said...

Petikan dari Harakahdaily:

Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno nampaknya memberikan semangat baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini.

Video ini juga telah berjaya mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau.

Pendek kata, projek Trio Umno ini telah backfire kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Maizatulakmam said...

Mohon dijauhi bala yang menimpa. Amin.

Harakah Muda said...

Negara diambang kemurkaan Allah. Jika tiada usaha golongan ulama untuk mencegah perilaku pemimpin negara pada masa ini yang jelas melakukan kemungkaran sangat hina iaitu memfitnah. Ini salah satu kemungkaran yang amat dilarang keras agama Islam. Oleh kerana si penuduh dan tertuduh semuanya beragama Islam


Photobucket
top