Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

15 Jamadilawal 1432H - Berita dari Warsaw, Poland menyatakan pihak Gereja Gliwise di sana memberi amaran akan bahaya pengajaran elemen-elemen politeisme dalam tujuh siri buku Harry Potter.

Dalam suratnya
kepada pihak berkuasa pendidikan di sana, Gereja Gliwice memperingatkan ketujuh-tujuh buku tentang ahli sihir kecil Harry Potter itu mengajarkan anak-anak untuk mengamalkan ilmu sihir. Menurut mereka, semua sihir yang berbahaya itu digambarkan seolah-olah baik.

“Para guru dan ibu-bapa seharusnya mengajarkan anak-anak memohon bantuan dari Tuhan Jesus jika ada masalah dan bukannya mencari pertolongan serta jawapan dari peramal,” tulis Gereja Gliwice.

Poland adalah negara yang didominasi penganut Kristian Katolik. Ketua agama Vatikan sebelumnya, Pope John Paul II, yang nama asalnya ialah Karel Jozef Wojtyla juga berdarah Poland.

Ini bukan surat penolakan pertama oleh gereja Kristian Katolik terhadap buku-buku Harry Potter. Pada 2003, Kardinal Joseph Ratzinger yang sekarang ini sebagai Pope Benedict XVI, menulis satu surat yang menyatakan bahawa ketujuh-tujuh buku karya penulis J.K. Rowling dalam bahasa Inggeris itu dapat menyelewengkan keyakinan penganut Kristian.

Ketujuh-tujuh buku yang ada di pasaran ialah Harry Potter and the Philosopher’s Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Harry Potter and the Goblet of Fire, Harry Potter and the Order of the Phoenix, Harry Potter and the Half-Blood Prince, dan Harry Potter and the Deathly Hallows.

Info: Politeisme adalah keyakinan dan / atau penyembahan unsur ketuhanan pelbagai, seperti dewa dan dewi yang banyak. Ini biasanya dikumpulkan menjadi satu tuhan atau dewa, bersama-sama dengan mitos dan ritual berkaitan.

(Kaver buku: Empat buah buku dalam siri Harry Potter yang diterjemah dan diterbitkan oleh Pelangi Publishing ke bahasa Melayu)

0 comments:


Photobucket
top