Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

12 Rabiulakhir 1432H - Pesta Buku Kelantan 2011 akan berlangsung dari 29 Mac hingga 4 April 2011. Pesta buku ini merupakan anjuran Persatuan Perpustakaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut, sila rujuk poster yang disediakan.


“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Petikan dari novel
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang, tulisan isteri MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
"Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-sama meneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan huruf-huruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’, kitab ‘Qustalani’ dan kitab ‘Nail Al-Authar.

"Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku buku di perpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar biasa.’ (Petikan: Detik-Detik Hidupku: Hassan al-Banna)
P/s: Cawangan Syarikat Muda Osman ialah di Tesco Kota Bahru, KB Mall, KB - Buluh Kubu, KB - Suria, KB - Galeri Buku, KB - Wakaf Che Yeh, KB - Kubang Kerian, Machang, Pasir Mas 1, Pasir Mas 2, Kedai Fotostat SMO, Pasir Puteh, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kuala Krai dan Jerteh.

Saya kerap juga singgah di cawangan Rantau Panjang dan Jerteh. Sekali singgah di cawangan Pasir Mas 2. Tahniah! Memang hebat!

3 comments:

RHisham said...

Terima kasih web sutera untuk promosi ini. Sudi sudilah kiranya melawat kami di PBK 2011

Web Sutera said...

Terima kasih, Tuan RHisham atas pelawaan ke sana. Saya kira saya tidak boleh berbuat demikian :-) Selamat maju jaya dari saya. Semarakkan budaya ilmu di Kelantan.

RHisham said...

Pesta Buku Kelantan 2011 telah berakhir dengan selamat dan jayanya. Jumpa lagi tahun hadapan. Insya Allah


Photobucket
top