Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

5 Safar 1432H - Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan sahabat semua. Selamat berhujung minggu. Tentu pengunjung blog buku ini masih mengingati segmen novel Kembang Tak Jadi beberapa ketika dahulu. Pembikinan novel online tersebut terencat beberapa lama. Hanya aku sahaja yang tahu penyebabnya.

Bersama azam dan semangat hijrah 1432 dan tahun baru masihi 2011, aku dengan ini bertekad akan meneruskan penulisan novel motivasi tersebut. Demi untuk mempastikan kandungan dan mesej tercapai, aku menukar judul kepada Agungnya CintaMu Tuhan. Penulisannya hampir tamat. Aku mengaku bahawa ianya sebuah novel mini, panjang sedikit dari cerpen.


Aku tujukan khusus novel mini Agungnya CintaMu Tuhan untuk ibuku, walaupun beliau sudah tiada lagi di dunia fana ini. Semoga aruah ibu berada di taman-taman indah di negara kekal abadi sebelum dibangkitkan semula oleh Allah bagi hitungan amal. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.


Aku akan cuba menyiapkan dua kisah lagi bagi menjadikan ianya sebagai versi 3-dalam-1. Inilah usaha ketiga aku di samping dua lagi novel yang sedang aku tulis. InsyaAllah, aku akan kemukakan kepada penerbit yang sudi terbitkan novel 3-dalam-1 ini (itu pun jika penerbit mahu terima). Bagi yang dua lagi, aku sedang bertungkus-lumus mencari idea.


Untuk kalian yang masih belum membaca fragmen novel Agungnya CintaMu Tuhan, sudi-sudikan ke sini. Baca bermula dari entri paling bawah kemudian ke atas.
Jangan baca entri terkini, kemudian baru yang di bawah. Nanti pening!

2 comments:

Kelab Peminat Buku said...

Assalamualaikum tuan. Semoga berjaya. Kami percaya ramai yang akan dapat manafaatnya.

Web Sutera said...

Terima kasih, Kelab Peminat Buku. InsyaAlah, ianya sebuah novela motivasi.


Photobucket
top