Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

22 Safar 1432H - Blog Universiti PTS melaporkan jabatan pemasaran PTS mula mengiklankan buku-buku agama terbitannya dengan membeli ruang iklan di halaman hadapan akhbar Harakah. Foto yang disertakan menunjukkan iklan promosi kempen membaca sempena musim Maulidur Rasul 2011 yang sedang dijalankan sekarang.

Baca cerita berkaitan di bawah. Ini juga sebagai tanda bahawa akhbar
Harakah kian dibaca oleh orang Melayu-Islam. Boleh juga dibuat kesimpulan bahawa majoriti pembaca Harakah suka membaca buku-buku bermutu dan membina minda.
Menurut Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan pemasaran PTS, beliau akan terus membeli ruang iklan dalam akhbar Harakah kerana sudah terbukti bahawa pulangan pelaburan itu membawa hasil yang baik, di mana jualan buku-buku yang diiklankan naik dengan ketara sekali setiap kali selepas iklan buku-buku itu terbit.

Disebabkan ROI (return of investment) pembelian ruang iklan dalam Harakah menunjukkan trend positif, PTS mula membeli ruang halaman hadapan Harakah meskipun yurannya adalah lebih mahal.


Menurut beliau lagi, jualan naik disebabkan majoriti pemilik kedai-kedai buku agama indie membeli dan membaca akhbar Harakah. Apabila mereka terbaca iklan PTS maka mereka pun membuat pesanan bagi judul-judul yang diiklankan. (Sumber Universiti PTS)
P/s: Saya sudah hampir enam tahun tidak membaca akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

3 comments:

mummymuslimah said...

Teringat pula kata bapa saya : Orang pas baca Harakah sahaja, langsung tidak membaca Utusan. Sudah tentu pertimbangan mereka berat sebelah (dengan menyokong pembangkang).

Saya kata : Orang Umno baca Utusan sahaja, langsung tidak menyentuh Harakah. Sudah tentu mereka tidak tahu apa-apa.

Saya baca Harakah dan Utusan. ;)

Abang Long said...

Sudah 15 tahun saya TIDAK MEMBELI akhbar utusan dan berita.

Web Sutera said...

Abang Long, saya kalah dari sudut ini. :-) Saya hanya berhenti membaca Utusan M'sia dan B. Harian sejak berhenti dari JARING Comms. Sdn. Bhd. lebih kurang 6 tahun lepas.


Photobucket
top