25 Safar 1432H - Di tahun 2011 ini saya mencabar diri sendiri dengan tekad bagi menghasilkan paling kurang dua manuskrip novel. Sama ada ianya diterbitkan dalam bentuk buku bercetak atau pun tidak bukannya persoalan.
Manuskrip pertama ialah novel berjudul Agungnya CintaMu Tuhan. Ianya mengandungi tiga kisah yang berlainan, tetapi memiliki sifat yang sama, iaitu sudut kecintaan kepada Tuhan dan sesama makhluk yang berasaskan nilai-nilai murni Islam. Kisah-kisahnya seperti di bawah.
Judul pertama: Agungnya CintaMu Tuhan
Perkisahan: Penceritaan watak utama ‘aku’ menjalani sebuah kehidupan jerih di kampung di tahun-tahun 60-an dan 70-an. Kemudian berhijrah ke tanah rancangan Felda. Di sana ‘aku’ dan suaminya membangunkan sebuah keluarga bahagia. Segala kesukaran dihadapi bersama dengan iringan usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
Diceritakan juga pengalaman membesar anak-anaknya, di mana kesemua anak-anaknya berjaya menjadi insan berguna.
Judul kedua: Teratai Besar dan Teratai Kecil
Perkisahan: Penceritaan watak utama ‘Teratai Besar’ dan ‘Teratai Kecil’ yang menjadi penghuni sebuah kolam di tepi hutan. Mereka sentiasa memuji kebesaran Allah. Mereka berdua cantik dan menawan. Di tepian kolam itu dikunjungi oleh manusia-manusia yang bercerita pelbagai kisah kehidupan. Akhirnya semua kisah manusia itu memuji keagungan ciptaan Allah dan penyudah yang baik untuk mereka semua.
Judul ketiga: Kamu Faham Cakapku, Tompok?
Perkisahan: Cerita seekor kucing bernama Tompok yang dibela dari kecil sehingga saat kematiannya. Tompok memahami bahasa, arahan dan emosi tuannya. Perkisahan turut merangkumi generasi anak-anaknya. Bagaimana dia merajuk bila dimarah tuannya. Bagaimana Tompok mengasuh anak-anak dan cucu-cucunya. Bagaimana tuannya menangisi nasib si Tompok.
Hijab Raja Zulqarnain dan Alexander Agung
Manuskrip kedua pula ialah berlatarbelakangkan sejarah Alexander Agung dan isu hubung kait sosok Yunani ini dengan Raja Zulqarnain yang diperikan Allah dalam surah al-Kahfi. Pada mulanya saya memberikan dua judul yang berbeza, iaitu Hijab Raja Zulqarnain dan Alexander Agung. Apabila sampai masanya saya akan gabungkan menjadi satu, insyaAllah.
Tuan-tuan dan puan-puan pengunjung blog buku ini menjadi pemantau akan tekad saya ini.
Untuk membaca fragmen-fragmen Agungnya CintaMu Tuhan, sila ke sini. Manakala bagi fragmen-fragmen Alexander Agung di sini. Akhirnya untuk membaca fragmen-fragmen Hijab Raja Zulqarnain, sudikan ke sini.
Penulisan novel ini juga boleh dibaca di laman Penulisan2u.my.

0 comments:
Post a Comment