Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

20 Safar 1432H - Tindakan membakar naskhah novel 'Interlok' karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain menjadi kemuncak amarah dan ketegangan dalam isu terbabit. Selain, beberapa siri rapat umum dan tunjuk perasaan menular satu demi satu.

Pada sambutan Thaipusam di Batu Cave yang lepas, sembilan orang dilaporkan (UtusanOnline) telah ditahan. Manakala satu perhimpunan aman juga turut diadakan di GAPENA bagi menyatakan sokongan terhadap karya tersebut baru-baru ini.


Semalam, dilaporkan lagi 10 orang dibawa menaiki kenderaan polis untuk disoal siasat beikutan membuat kecoh di hadapan rumah pangsa Kampung Desa Puri, di Tasek Gelugor. Ini juga
gara-gara tidak berpuas hati dengan isi kandungan novel 'Interlok'.

Sesetengah ahli akademik dan pemikir mencadangkan isu ini wajar diselesaikan melalui kaedah berdialog dan mencari penyelesaian
bersama. Demi seruan tersebut satu sesi dialog akan diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya pada 26 Januari 2011.

Dialog 'Interlok' kali ini akan menampilkan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang juga Setiausaha I, GAPENA, Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (foto), Pengerusi KOBUKU dan Presiden Mimbar Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Sdr. C. Sivarrajah, Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dan Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Guru Cemerlang DG 48 yang juga merupakan Munsyi Dewan.

Dialog yang akan diadakan pada jam 2.00 petang itu turut didahului dengan beberapa aca
ra wacana buku pada sesi paginya.

Sesi wa
cana ilmu pada kali ini dianjurkan oleh Koperasi Buku Malaysia Berhad (KOBUKU) dengan kerjasama Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya Berhad (KKUM), Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Jangan lupa, Celikhuruf.Com menjemput saudara/i semua untuk sama-sama berkunjung ke dialog tersebut. Selain mendapat pencerahan tentang isu yang hangat ini kita juga dapat merapatkan hubungan sesama kita. (Lihat juga di laman KakiSakat)

(Sumber Celikhuruf.com)

0 comments:


Photobucket
top