Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

15 Safar 1432H - Buku Dear Yayah The Series saya hadiahkan kepada anak remaja saya yang berumur 13 tahun. Sebaik sahaja anak saya itu melihat buku ini, lantas ia berkata, “Cantikya buku ini!”

Anak saya menghabiskan pembacaannya setelah hampir tiga minggu. Sebaik pulang berhari raya Aidilfitri dari kam
pung selama satu minggu, dia dengan gembira memberitahu saya, “Abah, Kak Long sudah habis membacanya. Bagus dan menarik”.

Dengan lima koleksi siri Dear Yayah dalam buku ini berserta dengan packaging kulit keras, ianya menjadi satu buku yang menarik untuk dipamirkan dalam rak buku. Dalam pada itu, penulis Farihah Iskandar amat berjaya melukiskan watak-watak dan menarasikan jalan cerita yang sering dilalui oleh remaja. Walaupun kisahnya biasa, tetapi pendekatannya mantap. Justeru itu, saya sendiri dan anak berasa amat teruja meneliti perjalanan watak Jihan dan rakan-rakannya.

Watak utama Jihan hidup lewat kisah-kisahnya. Narasi santai, bermutu dan mudah dihayati menjadikan pembacaan tidak menjemukan. Memang benar buku ini ditujukan kepada golongan kanak-kanak dan remaja, namun saya sendiri tidak dapat menahan diri dari membacanya.

Satu lagi yang ingin saya katakan ialah kesungguhan kedai buku Popular dalam usaha mendapatkan hak eksklusif penjualan buku ini. Bukan sahaja dari segi keuntungan, Popular juga melihat bahawa koleksi sebegini memiliki daya penarik tersendiri.

Saya juga menghadiahkan buku ini kepada anak rakan sempena sambutan hari lahirnya tahun 2010 yang lalu.

Tahniah untuk PTS dan Popular.

Penulis: Farihah Iskandar
Penerbit: PTS One Sdn Bhd, 2009
ISBN-13: 978-967-5406-37-9
Harga: RM 39.90
Jumlah Muka Surat: 848

Dear Yayah The Comics

Komik Dear Yayah The Comics sentuhan seni pelukis Ard One begitu memikat hati. Narasi penulis Farihah Iskandar tidak diragukan lagi. Mantap! Gabungan kedua-dua insan seni ini memberikan satu bentuk keceriaan terbaharu dalam siri cerita Dear Yayah.

Dalam novel Dear Yayah yang lain pembaca dicuit nurani dan perasaan dengan telatah dan ulah Jihan serta rakan-rakannya lewat bait-bait ayat. Manakala dalam komik ini, sentuhan visual Ard One amat berjaya menghasilkan mimik muka dan situasi ketika watak menyampaikan dialog masing-masing.

Cerita biasa menjadi menarik hasil garapan Farihah Iskandar dan seni ilustrasi pekomik Ard One pula menambah keenakan hidangan kisah Jihan.

Bagi pembaca siri Dear Yayah, komik ini dan siri komik yang akan datang bukan sahaja bakal menjadi bahan koleksi peribadi, malah jalan ceritanya boleh dijadikan tauladan. Saya dan anak-anak akan terus menunggu siri bagi komik Dear Yayah ini.

Pekomik/Penulis: Ard One dan Farihah Iskandar
Judul: Dear Yayah The Comics #2
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd, Oktober 2010
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
Jumlah Muka Surat: 128

2 comments:

mummymuslimah said...

Mungkin saya terlalu tua untuk membaca Siri Dear Yayah. Tetapi saya tetap akan beli siri komiknya untuk 3 anak lelaki saya. ;)

p/s : Mereka baca komik Orang Kuat sehingga lunyai ;p

Web Sutera said...

Assalamualaikum, sdr. Mummy Muslimah. Tidak tua sekiranya membaca komik atau Dear Yayah. Saya turut membacanya, walaupun pada asalnya saya belikan untuk anak-anak saya :-) Paling kurang pun kita tahu apa isi kandungan ceritanya.

Ya, komik jantan saya belikan juga untuk anak lelaki saya..


Photobucket
top