
“Saya faham, mahaguru,” akui Alexander sambil menatap mata gurunya.
“Ingatlah, Tuanku bahawa kebaikan individu merupakan sebahagian daripada kebaikan negara
Baca seterusnya >>
Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.
Copyright © 2012 Thinking of Book
4 comments:
Satu permulaan yang baik. Teruskan.
Tuan Abd. Latip, novel-novel sejarah tuan menjadi inspirasi saya. Kaedah penulisan tuan menjadi ikutan saya. Saya hanya cuba fiksyenkan sejarah Alexander, cuba mengangkat sosok itu sebagai seorang Muslim, seperti mana Tuan Muhammad Alexander.
Assalamukalaikum Tuan Web Sutera
Suatu permulaan yang bagus. Semoga menjadi bacaan yang mencerahkan umat manusia serta melembutkan hati pembaca selembut sutera.
Saya sebenarnya juga punya opsesi untuk membuat Novel sejarah Alexander the Great berdasar kisah Zulqarnain Quranic.
Selamat berkarya dan berkerja Tuan Web, karena bekerja adalah sebagai salah satu bentuk rasa syukur kita kepada Allah.
Assalamuk'alaikum juga kepada Bapak saya (kalau boleh) yang mulia Datuk Abdul Latip Talib. Saya juga teruja dengan Novel Sejarah yang Datuk Tulis. Semoga mampu mencerahkan umat dan bangsa menuju insan kamil dan tamadun islam yang gemilang di masa depan.
Wassalam
Alaikumsalam warahmatullah, Tuan Muhammad Alexander. Wah! Tidak saya duga bahawa entri ringkas ini bisa menggamit komen tuan. Terima kasih atas galakan dan doa tuan.
Suka bagi saya nyatakan di sini bahawa ini suatu usaha saya bagi menyahut cabaran diri sendiri. Ia merupakan suatu fiksyen, bukannya novel sejarah. Fiksyen sejarah ini bakal menggunakan latar belakang sejarah Alexander sebagai asas utama. Mungkin sahaja banyak plot hanya merupakan imaginasi saya.
Pastinya buku pertama dan utama yang menjadi rujukan dan bara usaha saya ialah Alexander adalah Zulqarnain karya Tuan Muhammad Alexander. Saya mohon sesungguhnya supaya Tuan Muhammad Alexander mendoakan saya bisa menyudahkan usaha ini. Saya belum mengemukakan sebarang proposal kepada mana-mana penerbit.
Post a Comment