2 Safar 1432H - Kedua-dua sahabat itu sedang berhadapan di sebuah meja yang dipenuhi beberapa buku, nota kuliah dan dua buah laptop. Hampir setengah jam yang lalu, Zainal tiba ke rumah penginapan Zamri. Penghuni lain di rumah tersebut keluar dengan aktiviti masing-masing.
“Sebelum memulakan diskusi kita, aku dengan segala hormatnya meminta kau mengumandangkan bacaan ayat-ayat Allah surah al-Kahfi berkenaan Zulqarnain. Aku tahu suara kau merdu didengar apabila kau melagukan bacaan Quran,” kata Zamri memandang sahabatnya Zainal sambil mengulum senyum.
“Okey sahaja. Aku tak ada hal. Hulurkan aku Quran itu,” jawab Zainal sambil menunjuk senaskah Quran yang terletak di atas sebuah rehal kayu.
“Hah! Kau jangan buat hal, Nal. Pergi ambil wuduk dahulu. Walaupun aku tahu bahawa ada ulamak yang menfatwakan boleh memegang Quran tanpa berwuduk, tetapi aku tetap berpegang kepada pendapat mazhab Syafie yang mengatakan tidak boleh memegang Quran tanpa air sembahyang.” Zainal tersengeh dan lantas bangun menuju ke bilik air.
Usai sahaja berwuduk, Zainal membaca ayat-ayat Quran dengan lancar. Selamalima minit suasana rumah bujang tersebut dihiasi keindahan kalimah Allah.
“Memang bagus bacaan kau, Nal. Bukankah aku sudah cakap, suara kau memang merdu. Kalau ada awek yang mendengar bacaan berlagu kau tadi, pasti dia orang terpikat,” puji Zamri jujur sambil menggeleng-geleng kepala tanda terpesona.
“Sudah! Jangan hendak memuji aku lebih-lebih. Sekarang giliran kau pula membaca terjemahan kata-kata Allah tadi.”
Baca seterusnya >>
“Sebelum memulakan diskusi kita, aku dengan segala hormatnya meminta kau mengumandangkan bacaan ayat-ayat Allah surah al-Kahfi berkenaan Zulqarnain. Aku tahu suara kau merdu didengar apabila kau melagukan bacaan Quran,” kata Zamri memandang sahabatnya Zainal sambil mengulum senyum.
“Okey sahaja. Aku tak ada hal. Hulurkan aku Quran itu,” jawab Zainal sambil menunjuk senaskah Quran yang terletak di atas sebuah rehal kayu.
“Hah! Kau jangan buat hal, Nal. Pergi ambil wuduk dahulu. Walaupun aku tahu bahawa ada ulamak yang menfatwakan boleh memegang Quran tanpa berwuduk, tetapi aku tetap berpegang kepada pendapat mazhab Syafie yang mengatakan tidak boleh memegang Quran tanpa air sembahyang.” Zainal tersengeh dan lantas bangun menuju ke bilik air.
Usai sahaja berwuduk, Zainal membaca ayat-ayat Quran dengan lancar. Selama
“Memang bagus bacaan kau, Nal. Bukankah aku sudah cakap, suara kau memang merdu. Kalau ada awek yang mendengar bacaan berlagu kau tadi, pasti dia orang terpikat,” puji Zamri jujur sambil menggeleng-geleng kepala tanda terpesona.
“Sudah! Jangan hendak memuji aku lebih-lebih. Sekarang giliran kau pula membaca terjemahan kata-kata Allah tadi.”
Baca seterusnya >>
0 comments:
Post a Comment