Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

28 Ramadhan 1431H - Alhamdulillah, kita berada di penghujung Ramadhan 1431 Hijrah. Saya doakan semoga kita semua akan berjumpa lagi penghulu bulan ini untuk tahun hadapan, insyaAllah. Saya ada beberapa perkara yang ingin dinyatakan atau diumumkan.

(1) Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan dan klien yang menempah biskut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Syukur ke hadrat Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, di atas kurniaan rezeki dariNya. Semoga kalian beroleh keampunan Allah di Ramadhan ini dan meraikan Syawal yang ceria dengan penuh kesyukuran. Terima kasih sekali lagi. Lusiana Catering akan menyediakan lagi aneka biskut
Hari Raya Aidilfitri pada tahun mendatang.

(2) Saya memohon kemaafan kepada rakan dan klien yang menghubungi Lusiana Catering untuk mendapatkan perkhidmatan katering berbuka puasa tahun ini. Banyak tempahan dan permohonan yang tidak dapat saya penuhi justeru sebab dan alasan yang tidak dapat dielakkan.

(3) Lusiana Catering masih membuka tempahan untuk katering keraian Hari Raya Aidilfitri. Pihak saya ada beberapa pakej yang ditawarkan, mengikut bilangan pax dan bajet yang ada. Hubungi Lusiana Catering bagi sebarang pertanyaan melalui emel, borang pertanyaan atau pun nombor telefon yang disertakan. InsyaAllah, pihak saya sedia untuk berbincang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati ketika memandu.

Katering Aidilfitri: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear berwarna peach
Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Delphax, pengeluar produk perubatan
Rumah terbuka Aidilfitri Khairi Consult di akhir Syawal 1430 Hijrah
Aidilfitri: Rumah novelis Ramlee diserbu tetamu sehingga waktu Isyak

P/s: Apa agaknya yang sedang dikatakan oleh 'penjaga' rak barang-barang Lusiana Catering di atas?
24 Ramadhan 1431H - Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuila
h, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”, tanya Nabi Muhammad.

"Jangan kuatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?", tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – (ertinya) : Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku".

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

** Nota: Bab, episod atau saat kewafatan Nabi Muhammad bin Abdullah
(Sallallahhu’alaiwasallam) merupakan satu peristiwa yang saya tidak suka membacanya tatkala sampai di penghujung setiap buku sirah manusia agung ini. Namun itulah yang pasti.

Susuk insan itu sudah tiada. Apa yang tinggal? Al-Quran dan sunnahnya.

Berkaitan:
Sorotan sirah Nabi Muhammad dalam Biografi Muhammad bin Abdullah memudahkan pemahaman

(Kulit depan buku Prophet Muhammad and His Miracles oleh Badiuzzaman Said Nursi. Tidak mengenali siapakah beliau? Baca di sini)
22 Ramadhan 1431H - Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, doa khutbah mahu dieksklusifkan, masjid dan surau mahu dieksklusifkan. Sehingga aku terbelenggu dalam fikiran.

Betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?
(Dari Abu Saif @ www.saifulislam.com)

Berkaitan:
Bukan Islam masuk masjid: Rasulullah membenarkannya

"Islam akan musnah kerana orang alim yang tersilap langkah, perdebatan orang munafik tentang Quran, dan pemimpin yang khianat dan menyesatkan. (Khalifah Omar al-Khattab)

Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top