
25 Syaaban 1431 H - Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Semoga semua pengunjung blog ini dilindungi Allah di bawah payung cintaNya. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin. Pernahkah saudara membeli atau terbeli dua buah buku yang sama? Saya ada.Buku pertama ialah Net Force: Hidden Agendas. Siri Net Force merupakan salah satu siri fiksyen teknologi tinggi yang mengambil persekitaran komputer super, Internet dan teknologi telekomunikasi termoden sebagai latar cerita. Saya sudah mengumpul hampir kesemua siri Net Force hasil kreativiti Tom Clancy dan Steve Pieczenik ini.
Sejak terbeli dua kali buku fiksyen Net Force: Hidden Agendas, (dengan desain cover yang berlainan seperti di bawah) saya mengambil langkah lebih berhati-hati. Setiap kali saya ke kedai buku ataupun mengunjungi jualan murah buku-buku bahasa Inggeris, saya akan catat fiksyen Tom Clancy yang sudah ada dalam simpanan.
dibeli.Dalam masa saya berhati-hati, buku kedua yang terbeli dua kali ialah Kabut Dan Bulan Sabit Di Demak terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Satunya cetakan pertama 2004 dan yang kedua cetakan 2006. Saya membaca cetakan 2006 kerana kertasnya cantik, berbanding dengan cetakan 2004 yang menggunakan kertas berjenis
Buku yang ketiga lain pula sebabnya, iaitu buku terlaris Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni berjudul Jangan Bersedih (La Tahzan). Buku pertama ialah cetakan kedua 2006 berkulit keras (saiz 18sm lebar x 26.5sm tinggi) dan buku kedua bersaiz kecil cetakan 2010 (saiz 11.5sm lebar x 19sm tinggi). Buku edisi kecil dan kompak (kulit warna hijau) yang kedua ini dibeli kerana saya menyukai saiz dan desain keseluruhan buku. Kedua-dua versi adalah terbitan Al-Hidayah Publication, berharga RM49.00 dan RM24.90 masing-masing.
















