Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

25 Syaaban 1431 H - Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Semoga semua pengunjung blog ini dilindungi Allah di bawah payung cintaNya. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin. Pernahkah saudara membeli atau terbeli dua buah buku yang sama? Saya ada.

Buku pertama ialah Net Force: Hidden Agendas. Siri Net Force merupakan salah satu siri fiksyen teknologi tinggi yang mengambil persekitaran komputer super, Internet dan teknologi telekomunikasi termoden sebagai la
tar cerita. Saya sudah mengumpul hampir kesemua siri Net Force hasil kreativiti Tom Clancy dan Steve Pieczenik ini.

Sejak terbeli dua kali buku fiksyen Net Force: Hidden Agendas, (dengan desain cover yang berlainan seperti di bawah) saya mengambil langkah lebih berhati-hati. Setiap kali saya ke kedai buku ataupun mengunjungi jualan murah buku-buku bahasa Inggeris, saya akan catat fiksyen Tom Clancy yang sudah ada dalam simpanan. Ada satu kali, saya menelefon isteri dari lokasi jualan buku bagi membuat pengesahan buku Tom Clancy yang mana masih belum dibeli.

Dalam masa saya berhati-hati, buku kedua yang terbeli dua kali ialah Kabut Dan Bulan Sabit Di Demak terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Satunya cetakan pertama 2004 dan yang kedua cetakan 2006. Saya membaca cetakan 2006 kerana kertasnya cantik, berbanding dengan cetakan 2004 yang menggunakan kertas berjenis surat khabar. Kedua-dua novel ini dibeli semasa jualan gudang Utusan di Cheras pada dua tahun yang berlainan.

Buku yang ketiga lain pula sebabnya, iaitu buku terlaris Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni berjudul Jangan Bersedih (La Tahzan). Buku pertama ialah cetakan kedua 2006 berkulit keras (saiz 18sm lebar x 26.5sm tinggi) dan buku kedua bersaiz kecil cetakan 2010 (saiz 11.5sm lebar x 19sm tinggi). Buku edisi kecil dan kompak (kulit warna hijau) yang kedua ini dibeli kerana saya menyukai saiz dan desain keseluruhan buku. Kedua-dua versi adalah terbitan Al-Hidayah Publication, berharga RM49.00 dan RM24.90 masing-masing.

2 comments:

Welma La'anda said...

Assalammualaikum Tuan Web Sutera,
Tahniah untuk pertandingan menulis resensi. Saya siap google lagi siapakah Hizamnuddin sebab tidak boleh percaya saya memperolehi tempat kedua :). Akhirnya itu adalah Tuan. Bertambah gembira pula saya sebab sekurang-kurangnya saya tahu pemenang pertama itu ialah seorang pencinta buku tegar :). Jemputlah ke Goodreads dan Ganding Baca. Buku bulan Ogos ialah Lelaki Berkasut Merah karya Bahruddin Bekri.

Web Sutera said...

Alaikumsalam warahmatullah hiwabarokaatuh, cikpuan Welma. Tersenyum saya membaca notis ini, walaupun kepenatan dari sesi katering di Beranang masih tersisa. Jam sudah 2.00 pagi, hihihih. Kenapa, tak percaya bahasa Hizamnuddin bin Awang itu Web Sutera?

Apa yang cikpuan lihat apabila mengoogle Hizamnuddin bin Awang? Perasan atau tidak Jaring Internet Magazine? :-)

Secara jujur saya iklankan bahawa saya memang 'bengang' dengan PTS. Banyak buku bermutu yang 'terpaksa' saya beli dari PTS. Hari demi hari rak buku saya yang sudah penuh itu lagi dilimpahi dengan buku-buku PTS, dari novel dewasa, ke buku cerita kanak-kanak, sehinggalah buku sejarah dan berkaitan agama suci Islam.

Sebab itu, peraduan resensi buku PTS tersebut tidak saya lepaskan. Saya pernah terlepas peluang memenangi buku-buku PTS bernilai ribuan ringgit tidak berapa lama dahulu. Justeru itu, kali ini saya cuba lagi. Alhamdulillah, saya berjaya.

Namun saya tetap 'bengang' dengan PTS. Masih banyak buku-buku bermutu lain yang belum dibeli untuk saya sendiri, isteri dan anak-anak. Amargedon satu lagi..Hahahaha :-)


Photobucket
top