Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

19 Muharram 1432H - Kemunculan era maklumat dengan adanya teknologi digital, internet, multimedia dan pelbagai lagi peralatan elektronik canggih masih tidak mampu menjadi pengganti kepada buku yang berbentuk kertas cetakan. Walaupun lebih kurang 10 tahun yang lepas, heboh diperkatakan mengenai buku digital yang bakal mematikan industri percetakan yang sekian lama menjadi wahana perkembangan ilmu dan pengetahuan manusia, namun ianya semakin reda.

Tidak dinafikan munculnya bentuk-bentuk bahan bacaan dalam medium multimedia, seperti naskhah al-Quran dalam CD-ROM dan kamus elektronik, tetapi ianya hanya menjadi pelengkap bahan bacaan dalam bentuk buku kertas. Buku dalam bentuk original masih menjadi pilihan utama industri perbukuan dan pencari ilmu, seperti saya.

Justeru idea sesetengah pihak yang mengatakan internet dan teknologi berkaitan bakal menghapuskan buku bentuk bercetak tidak nampak kebenarannya. Apa yang terjadi ialah teknologi terkini dan internet menjadi salah satu alat yang saling melengkapi dunia perbukuan. Salah satunya ialah ia menjadi saluran pemasaran atau media baru bagi merancakkan lagi industri perbukuan itu.

Kita sejak sekian lama serasi dengan buku-buku yang boleh dipegang dan disimpan dalam rak buku di rumah atau di pejabat. Idea buku elektronik (e-buku) berbentuk PDA atau komputer telapak masih tidak menampakkan penerimaan masyarakat, khususnya peminat buku dan pencari ilmu di Malaysia.

Semasa syarikat dot.com belum runtuh, ramai pihak menyatakan bahawa masa itulah adalah masa terbaik bagi industri perbukuan cuba menghasilkan e-buku. Dan sekarang ini masih ada pihak yang terus mencanang idea menggantikan buku-buku fizikal dengan e-buku, terutamanya Microsoft dengan idea e- buku dalam komputer telapak.

Telah wujud laman web yang menyediakan karya sastera secara atas talian, dengan membaca menerusi skrin komputer. Ini adalah perkembangan yang baik. Namun e-buku menggantikan buku bercetak yang ada sekarang, saya rasa tidak. Industri dan pembaca masih tetap selesa dengan buku-buku yang boleh dilihat, dirasa dan dipegang. Dan saya kira ianya masih panjang lagi masanya bagi peminat buku untuk menerima konsep e-buku.

Konsep e-buku disediakan dalam beberapa cara, terutamanya dengan kaedah memuat turun kandungan buku ke dalam cakera keras PC anda dan secara menyimpan dalam komputer telapak atau peralatan PDA (personal digital assistance). Berapa ramai yang sanggup membaca buku di skin komputer peha (laptop atau notebook) bagi tempoh yang lama, katakan satu atau dua jam? Mata akan menjadi sakit, leher akan tergeliat, dan sudah pastinya komputer memakan kuasa (bateri atau arus elektrik). Kos peribadi akan meningkat.

Adakah tuan-tuan dan puan-puan bersetuju? Sila nyatakan pandangan di sini.

(Foto: Buku-buku yang dibeli sepanjang November 2010. Memang aku ketagihan!)

Buku Dot.Bomb: The Inside Story of the First and Most Spectacular Dot.Com Crash saya beli sebaik sahaja satu demi satu syarikat dot.com hancur dan muflis, samada di Amerika Syarikat atau di Malaysia beberapa tahun dahulu.

Dot.Bomb
is the amazing story of the Internet gold rush as it could only be told by an insider. David Kuo saw it all: the sky's-the-limit optimism, the hundreds of millions of dollars spent in a giddy grab for eyeballs and market share, the investors slavering to be on the inside, the belief that there really were new rules. He also saw what happened when gravity reasserted itself, Wall Street demanded results, and flaws and failures that had been glossed over suddenly loomed huge. The money was gone, new money was scarce, the CEO was pushed out. In the blink of an eye, Value America crashed back to earth, filed for bankruptcy, and was gone.

David Kuo's account of his days and nights at Value America captures with the intensity of a great novel the people who made this such a powerful experience: their incredibly hard work, their genuine belief, and their humor. Just as vividly it portrays unbridled greed, wretched excess, ego-driven blunders, and unmitigated power grabbing. This is a tale of naked capitalism and the most remarkable varieties of human nature, a story that anyone who has ever invested in a tech stock or anyone who relishes a perfect morality tale will savor and long remember.


Berkaitan: E-buku percuma melalui Kindle di Amazon.com, tetapi....

7 comments:

Nazri Awang said...

Sejujurnya, e-book ada masa depan yang besar. Terutamanya Amazon Kindle. Suka lah pakai kindle ni, macam buku biasa, tak sakit mata, ringan, bateri tahan lama, dan nak beli buku pun senang.

Bila start pakai kindle nih, lagi cepat la baca buku. Bila ada rasa buku yang berkenan ke apa, boleh beli terus. Sangat convenient.

Tapi di Malaysia, e-book reader mungkin masih tak mendapat tempat. Satu faktor sebab takde servis kindle.

e-book di laptop dan desktop memang tak best, tapi on a dedicated e-reader like kindle. Super best. :D

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Tuan Nazri. Thanks for your comment and info. Great! You stay at Coventry, UK. Study?

Saya mahu timbulkan satu isu. Ada orang tak suka saya promosikan buku dan habit membaca! Bagi orang itu, cukup hanya 'membaca' al-Quran. Buku-buku dan kitab lain tak payah baca!

Apa pandangan tuan?

Nazri Awang said...

Erk? Tak payahla bertuan-tuan, bunyi skema sangat neh. haha

Haah. Masih belajar di sini.

Pelik la rasanya kalau ada orang tak suka saudara mempromosikan buku-buku selain daripada Al-Quran. Kenapa kita nak sempitkan permikiran & pembacaan kita hanya kepada Al-Quran atau hanya buku-buku agama.

Ilmu Allah meliputi segala jenis perkara, bukan sahaja sekadar ilmu keagamaan, tetapi juga ilmu mengenai kehidupan. Banyak perkara dan dimensi baru kehidupan yang boleh kita pelajari dari pembacaan.

Bahkan dari hasil pembacaan saya tentang karya-karya falsafah barat yang "supposedly" anti-tuhan, atheist, dan sebagainya. Saya rasa lebih dekat Tuhan. Ilmu agama dan ilmu duniawi, pada pendapat saya penting keduanya. Keseimbangan itu penting.

Golongan sebegini rasanya perlu menghayati firman pertama Allah yang turun.

Read! In the name of your Lord who created: He created man from a clinging form. Read! Your Lord is the Most Bountiful one who taught by [means of] the pen, who taught man what he did not know.
96:1-5

abu razeen said...

Usah dilayan orang yang menolak ilmu pengetahuan, penat menjawab je akhirnya. Menyokong jawapan Tn Nazri Awang adalah ayat dari surah AL-Kahfi:
Say: Though the sea became ink for the Words of my Lord, verily the sea would be used up before the Words of my Lord were exhausted, even though We brought the like thereof to help. Say: I am only a mortal like you. My Lord inspireth in me that your God is only One God. And whoever hopeth for the meeting with his Lord, let him do righteous work, and make none sharer of the worship due unto his Lord. [Cave Dwellers]
Atau mungkin juga mereka tak pernah jumpa "Al-hikmatu Dholatul Mukmin" ..so biarkan luncai terjun dengan labunya

Khairul H said...

1) Menganggap orang lain yang baca benda selain daripada Quran sebagai membuang masa atau menyeleweng adalah sifat riak. Riak ini syirik kecil. Bahaya oooo.

2) Tak cukup baca Quran saja sebab kena belajar tafsirnya, maksudnya, konteksnya (apa kisah yang menyebabkan ayat atau surah itu diturunkan). Itu semua tiada dalam Quran. Kena belajar dari kitab lain. Sedangkan orang Arab pun belajar tafsir, inikan pula kita yang kebanyakkannya buta huruf bahasa Arab.

3) Orang-orang yang selalu suka mencemuh orang yang suka membaca, dari pengalaman saya, mereka sendiri sebenarnya tak kerap baca Quran. Eksyen sahaja lebih.

Web Sutera said...

Sdr. Khairul H, saya setuju dengan pandangan itu. Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran, surah Faathir ayat 28, maksudnya:

“Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Mengikut tafsir, perkataan “ulama” atau "orang-orang yang berilmu pengetahuan" dalam ayat di atas merujuk kepada para ilmuan yang mengetahui bidang air, tumbuh-tumbuhan, gunung, manusia, dan bintang. Juga termasuk dalam kategori ini ialah cerdik pandai dalam bidang ICT di zaman mutakhir ini.

Cukupkah hanya ‘membaca’ al-Quran? Bukankah Allah menyuruh penganut Islam supaya memahami dan mengkaji al-Quran? Ingat istilah tadabbur?

Banyak rujukan boleh kita dapati dalam kitab suci al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W dari sudut betapa pentingnya Islam menempatkan usaha mencari pengetahuan, dan dalam memahami alam semula jadi dan cakerawala. Islam menggalakkan kaedah pertanyaan secara saintifik atau lebih tepat lagi kaedah kajian dan penelitian.

Bunnybaby said...

Orang yang suka membaca al-Quran yang juga mencintai ilmu, tidak mungkin mencemuh orang lain yang membaca buku lain dari pelbagai genre. Citarasa dan kecenderungan pasti berbeza dan kita bebas menzahirkan rasa tidak suka terhadap sesuatu buku atau mana-mana penulis, tapi ini tidak bermakna kita mencemuh tabiat membaca individu secara pukul rata.


Photobucket
top