Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

4 Zulkaedah 1431H - Saya suka membaca cerpen, tetapi tidak sehebat minat saya membaca genre novel yang saya gemari. Namun saya tidak pernah membeli himpunan cerpen yang dibukukan, kecuali karya penulis mapan seperti Sasterawan Negara Arena Wati.

Lain pula ceritanya terhadap buku Remaja@ptsone 2010 ini. Desain kulit depan sahaja sudah mengujakan. Ceria dan warna-warni. Saya dapat membayangkan memang agak sukar dan mengambil masa bagi menyiapkan desain kulit yang memiliki tingkap! Kena potong kertas dan kemudian tampal kertas lutsinar pula untuk dibuat tingkap. Walaupun menggunakan mesin semasa proses cetakan dan binding buku, saya kira, ianya masih sukar untuk buku ini.


Kreatif dan inovatif betul tim grafik PTS. Memang saya tabik terhadap usaha-usaha tim PTS dalam mengemukakan satu konsep desain yang memikat.


Kompilasi cerpen dan koleksi komik yang dibukukan ini memang memikat saya dengan ketebalan 352 muka surat. Isi kandungan juga ada kelainan, iaitu cerpen dan komik. Satu lagi eksperimentasi yang wajar diikuti oleh penerbit lain.

Antara sebab mengapa saya tidak suka membeli dan membaca kompilasi cerpen oleh penerbit lain ialah gaya persembahan bermula dari kulit buku sehinggalah kepada susunatur teks yang kaku dan kelihatan terlalu akademik. Adakah penerbit beranggapan bahawa pembaca remaja dan dewasa suka dengan desain yang demikian? Itu sebab kompilasi cerpen tidak laku!

0 comments:


Photobucket
top