Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

6 Zulkaedah 1431H - Buku yang 'diharamkan' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), "The March to Putrajaya – Malaysia’s New Era is at Hand", karya Kim Quek kini boleh diakses menerusi internet. Para pembaca boleh muat turun keseluruhan buku setebal 361 muka surat itu. (Sila muat turun dari sini)

Dalam satu kenyataan media pada 3 Oktober 2010, pengarangnya Kim Quek berkata, "Beginilah sepatutnya. Rakyat di negara ini tidak seharusnya dihalang dari mendapat maklumat tersebut semata-mata kerana maklumat yang terkandung di dalamnya tidak memihak kepada pemerintah.”


"Sebuah negara yang mengawal warganegaranya dari akses kepada maklumat yang penting seperti ini ialah sebuah negara yang mundur dan akan menemui kegagalan dalam era globalisasi dan teknologi maklumat," ujar beliau.


Beliau berkata, melihat di serata dunia, negara-negara yang dianggap terbaik dan dipuji dari sudut pencapaian sosial dan ekonominya adalah masyarakat yang memiliki media yang bebas.


"Hanya melalui aliran idea yang bebas, potensi pemikiran rakyatnya dapat dibangunkan sepenuhnya. Kualiti mindalah yang menentukan sesebuah masyarakat sedang menuju ke hadapan atau mundur ke belakang.
Sila muat turun dari sini.

--- Sumber – Free Malaysia Today

Ini adalah jawapan penulis, saudara Kim Quek, kepada pertanyaan saya:

"The ban was imposed under the printing presses and publications act 1984, which does not cover publications in the Internet. Hence, activities carried out in the cyberspace including downloading, uploading and emailing are not affected by this ban."

0 comments:


Photobucket
top