Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

1 Zulkaedah 1431H - Agensi berita Bernama memetik Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata bahawa kegagalan untuk menulis dan bertutur secara fasih dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pasca merdeka tidak boleh dimaafkan. Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di Melaka pada 8 Oktober 2010.

Kenyataan ini saya sangat bersetuju bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mesti boleh menulis, membaca dan bercakap dalam bahasa Melayu. Namun adakah ini yang wujud bagi kesemua rakyat Malaysia?

Saya ingin merujuk kembali satu komentar (baca di sini) yang mengatakan:
"Reading the news recently on a certain residents of this country that’s been giving the enumerators a hard time as they were not able to converse in the national language reminded me of my own frustrating encounters with those from this small section of society.

“There were a few occasions, during those times I spent at the outskirts, where I tried to converse with these people only to be snubbed just because the persons I were inquiring from didn’t know how to speak Malay and English. It just baffles me that these persons have been living in this country for all their lives yet they don’t know (or refuse to know) how to use their national language.”

1 comments:

Abang Long said...

Saudaraku Tuan Web. Setelah negara kita merdeka 50 tahun. Bukan 5 hari atau 5 tahun, tetapi LIMA PULUH TAHUN ! Masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak fasih dan lancar menggunakan bahasa kebangsaan. Memang memalukan ! Dan tidak boleh dimaafkan. Antara puncanya ialah, sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan orang bukan Melayu, dan orang itu berbahasa Inggeris, kita juga terikut - ikut berbicara dalam bahasa Inggeris.


Photobucket
top