Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

28 Syawal 1431H - Menurut info dari seorang sahabat blogger GB, “Hari ini GB terbaca di twitter DSAI. Beliau menyatakan sedang menikmati makan malam bersama AlGore-David Blood, Mary Robinson, Jim Wolfenson, Mitch Kapor dengan iringan American Classical Orchestra. Hebat (superb) katanya.
“Sedang di dalam negara PKR dilanda masalah. Para peguam yang membelanya bertungkus lumus hendak menyelesaikan masalah Rahimi yang muncul tiba-tiba membuat pengakuan kononnya beliau dipaksa menandatangani surat akuan sumpah.”
Satu pertanyaan GB ialah adakah episod selepas ini merupakan episod anti-klimaks bagi Pakatan Rakyat?
Salah siapa? Salah Saiful? Salah UMNO BN? Salah Hakim? Salah Peguam Negara? Salah blogger? Salah Tuhan? Atau Salah Anwar sendiri? Allah s.w.t. telah memberikan pertolongan-Nya kepada Anwar. Tetapi nampaknya batang tubuh itu tidak mensyukuri rahmat dan nikmat yang diberikan.”
Aku pernah menulis beberapa ketika dahulu berkenaan saudara Anwar Ibrahim. Kini aku bersetuju dengan pandangan GB bahawa seolah-olah Anwar Ibrahim sudah lupa diri. Bergembira di Amerika Syarikat, sedangkan PKR dalam kemelut yang amat memualkan aku dan ramai orang lagi. Aku pernah juga menulis rasa hati aku bahawa sejak PKR memperoleh banyak kerusi dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu dan membentuk Pakatan Rakyat, seolah-olah PAS bagai melukut di tepi gantang.

GB juga menulis, “Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, semasa perasmian Ijtima Tarbawi baru-baru ini melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.”

Ini tulisan aku beberapa lama dahulu.
Aku menyokong Anwar Ibrahim. Aku suka Anwar berkawan dengan PAS dan DAP. Aku sokong Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Aku juga respect perjuangan Anwar. Aku menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.

Namun sejak akhir-akhir ini, kulihat Anwar agak berlainan. Dari bisik-bisik di kaki lima, dari bisik-bisik seputar teman-teman, ramai antara mereka berkata, “Mengapa Anwar nampak gelojoh?”

Sejak Anwar Ibrahim memenangi kerusi parlimen Parmatang Pauh, rakan-rakan dan saudara mara aku (golongan ustaz dan bukan-ustaz) sudah agak keliru dengan beberapa tindakan Anwar. Sehinggakan ada yang bertanya, “Adakah Anwar mabuk kuasa untuk menjadi perdana menteri?”

Memang pedih telinga aku mendengarnya. Namun begitu, bisik-bisik tersebut sukar untuk aku tepis. Pastinya ada juga lintasan minda aku, begini, “Apa mahu jadi dengan Malaysia? Apakah Anwar Ibrahim masih kekal seperti mana yang aku kenali dahulu?”

Aku sayangkan Malaysia. Aku sayangkan Islam dan PAS. Justeru kerana sayangkan Islam, aku sangat berharap pemimpin PAS pandai bersilat di medan politik mutakhir ini. Bak kata teman, “PAS perlu dahulukan Islam dari politik pemerintahan. Kekalkan fikrah perjuangan sebagaimana Ikwan Muslimin terus memacu Islam demi perjuangan mereka.”

Jangan gadaikan prinsip Islam demi survival politik sempit. Aku sangat percaya, jika PAS kekal dengan prinsip Islam, parti Islam ini akan berjaya. Parti ini akan dihormati kawan dan lawan. Pastinya Allah akan menurunkan bantuanNya.

Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim? Kaitannya ialah, Anwar bersahabat dengan PAS secara rapat sejak era Reformasi 1998 dahulu. Pemimpin, ahli dan penyokong/pengundi PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar sejak itu.

Mahu diakui atau tidak, justeru dengan sokongan dan gerak kerja pemuda dan penyokong PAS, PKR memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN di PRU12 yang lalu. Begitu juga, pilihanraya kecil parlimen Parmatang Pauh. Gerakan jihad yang dilaksanakan oleh pemuda/penyokong PAS, tanpa mengharapkan habuan wang ringgit, berjaya membuahkan hasil yang lumayan. Fakta ini jangan dilupa, sahabat.

Dalam kebimbangan dek beberapa peristiwa yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, aku tetap menaruh harapan tinggi kepada tokoh ini bagi membawa Malaysia baru. Aku sangat berharap, tokoh ini mengotakan apa yang dikata. Dan yang terpenting Anwar tidak gadaikan Islam demi politik. Jika anwar lupa rakan-rakan dalam PAS, mengikut perkiraan aku, PKR dan Anwar akan tinggal sejarah, yang tidak enak tentunya.

Aku sayangkan Islam, Malaysia dan Anwar Ibrahim.
Aku salin kembali anjuran dan saranan lanjut sahabat GB terhadap Anwar Ibrahim, seperti di bawah:

"Anwar perlu muhasabah. Sebagai pemimpin tertinggi, bukan sahaja PKR, tetapi Pakatan Rakyat sepatutnya menampakkan ciri-ciri keunggulan kepimpinan. Masa untuk pujian-pujian dengan ucapan retorik sudah berlalu. Ini zaman digital, ini era global, ini masa rakyat menilai "mutu" kepimpinan, zaman "walk the talk" bukan "talk the talk" lagi.

"Kalau dulu orang boleh dipegunkan dengan ucapan memukau dan aura hebat seorang orator, kini tidak lagi. Zaman ceramah-ceramah sudah berlalu. Kalau adapun, kemenangan dalam pilihanraya tak lagi didasarkan kepada bilangan yang ramai di dalam ceramah, tetapi berdasarkan kepada apa yang kita lakukan secara konkrit untuk rakyat. Pemenuhan janji kepada rakyat - seperti yang diutarakan oleh Raja Petra."

0 comments:


Photobucket
top