
Getir perjuangan umat Islam Palestin di Gaza dan di kawasan yang dijajah oleh Yahudi
Dalam satu hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) ada disebutkan bahawa pahala bersolat di Masjid al-Aqsa bersamaan dengan pahala 500 kali solat. Ini menjadi salah satu bukti bahawa betapa sucinya masjid yang pernah menjadi kiblat umat Islam tersebut.
Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.
Dalam buku
Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.
Dalam buku Palestin Tak Pernah Gentar yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., dinyatakan bahawa "buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara dua bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin."
Berkaitan: TERRORISME ISRAEL: Satu komentar dan analisa berkaitan doktrin Zionis Yahudi
Novel: Lagi kebenaran kisah Sabra dan Shatila di Palestin

0 comments:
Post a Comment