Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

29 Syaaban 1431 H - Chef Hana dan seorang pembantu berada di Bandar Bukit Raja, Klang pada 31 Julai 2010 bagi penyediaan sajian majlis pertunangan. Ianya merupakan majlis pertunangan anak perempuan cikpuan Mazimah binti Haji Abdul Kassim, Editor Bersekutu majalah Seni Hias terbitan MPH Group Magazine (M) Sdn. Bhd.

Sajian disediakan bagi jumlah tetamu seramai 120 orang. Segala puji hanya untuk Allah, masakan Chef Hana mendapat pujian dari para tetamu.
Cikpuan Mazimah dan emak beliau (nenek bakal pengantin) juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keenakan sajian Lusiana Catering. Alhamdulillah.

Sebagai info bagi majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010 (foto kanan), Chef Hana diberi ruang sebanyak 5 halaman untuk resepi. Resepi berserta foto makanan tersebut diterbitkan di bawah dua tajuk besar, iaitu Resepi Ramadan - Memikat di Meja Hidangan dan Manis & Pedas Untuk Berbuka. Sebanyak sembilan (9) resepi disediakan oleh Chef Hana. Sila dapatkan Seni Hias keluaran Ogos 2010 di mana-mana kedai buku

Pada tarikh 1 Ogos 2010 pula, saya dan Chef Hana ke taman tasik berhampiran Amcorp Mall di Petaling Jaya bagi menemui rakan-rakan dalam acara mencari harta karun dan menjejak Keris Nanggroe. Chef Hana membawa beberapa jenis biskut Hari Raya Aidilfitri bagi dikecapi rakan-rakan dari Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) itu.

Photobucket

0 comments:


Photobucket
top