8 Ramadhan 1431 H - Buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), yang cukup memberi kesan kepada saya.
Ada banyak kandungan buku beliau menekankan kepada kuasa Allah dalam mentadbir alam ini, mengenai Tuhan Pencipta alam semesta dan sifat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat.
Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati.
Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.
Jadi risau apa. Jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.
P/s: Aku pernah berkata kepada isteriku bahawa aku idamkan mati syahid. Namun bentuk seni kematian itu tidak dapat aku bayangkan bagaimana. Justeru teringat akan kata-kata Rasulullah bahawa mati itu sakitnya seumpama 300 kali tetakan pedang, maka aku terkesima.
Oleh kerana itu, semua sahabat Rasulullah impikan mati syahid di medan juang. Gambaran mati syahid adalah manis dan indah. Sejarah mentintakan bahawa para sahabat Rasulullah tidak sabar-sabar untuk mati syahid.
Aku mencemburui umat Islam Palestin. Ribuan malah jutaan mungkin yang syahid demi sebuah kepercayaan suci dan janji syurga oleh Allah. Memang janji Allah Maha Benar. Mudahnya kalian di Palestin mati syahid, sedang aku terus dengan cita-cita untuk itu. Dalam melangkah, aku memohon cinta Allah. Layakkah aku ya Allah? Aku hambaMu yang banyak dosa.
Ada

0 comments:
Post a Comment