
Melalui laman webnya, PTS menyatakan “lebih menarik apabila buku-buku yang dibeli bagi tujuan wakaf ini diberi diskaun sebanyak 25 peratus manakala kos penghantaran ke mana-mana institusi dalam
"Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat
Program yang bermula dari 17 Ogos hingga 31 Disember 2010 ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku serta memberi peluang lebih ramai yang membaca tanpa mengira status sosial.
Melalui nilai RM200, kini rakyat
Sekiranya pewakaf tidak tahu ke mana mahu diwakafkan buku tersebut, tuan-tuan dan puan-puan boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.
Bagi buku-buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS sebelum 1 September 2010, staf PTS akan menghantar sendiri buku yang diwakafkan kepada institusi atau organisasi penerima wakaf buku yang PTS tentukan melalui program Infaq Ramadan.
Selepas 1 September 2010, buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS akan diserahkan kepada Islami Relief Malaysia, iaitu satu badan bukan kerajaan di Malaysia bagi memilih dan menghantar buku wakaf kepada organisasi/institusi yang sesuai sebagai penerima wakaf buku.
Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu Bookcafe.akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi atau tempat yang dipilih oleh pewakaf.
Individu yang berminat mewakafkan buku boleh terus melayari http://www.bookcafe.com.my/my/senarai-wakaf-ramadan-2010-my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek wakaf buku ini.
"Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan," jelas saudara Nazrul lagi. (Berita asal oleh Roziyah bt. Mahamad Jusob, PTS)
0 comments:
Post a Comment