Pertama kali melihat rupa paras desain kulit depan fiksyen Syaakur Pejuang Dua Dunia lewat laman web PTS, ia mengujakan. Saya baca sinopsis, juga amat memukau untuk ditelaah. Pada hari Ahad bertarikh 27 Jun 2010, saya ke program Hujung Minggu@PTS di Batu Caves. Novel fantasi ini dahulu yang dicari.
Wah! Memang cukup teruja naluri saya. Desain dan pakej kulit novel indah dan memukau jiwa saya. Pedang yang dilukiskan sedemikian rupa menjadikan ianya memang Pedang Syahadah yang bakal menjadi senjata fizikal utama Syaakur. Manakala antara faktor atau kaedah/gaya penceritaan menarik ialah plot yang pendek-pendek, tangkas dan padat.
Kisahnya mengenai dua dunia; dunia pertama dan dunia kedua. Dunia yang kedua itu ada empat alam bersama penghuni yang berlainan. Makhluk dari alam gelap dan alam puaka (dua daripada alam dunia kedua) berjaya dilukiskan secaik baik oleh penulis Resmanshah melalui bait-bait ayat.
Kejahatan alam gelap membawa sengketa, bukan sahaja di dunia kedua itu, malah mereka sudah memasuki dunia pertama (dunia manusia). Takdir Allah memastikan lahirnya Syaakur di dunia pertama sebagai salah seorang pejuang dunia kedua. Syaakur dibentuk dan ditarbiah oleh tujuh orang wali dunia kedua dari Lembah Lambai yang diketahui oleh Guru Wali. Tugas utama wira ini ialah memusnahkan kejahatan Drazal, pemerintah agung alam gelap. Hanya Syaakur yang mampu memiliki Pedang Syahadah yang akan menewaskan Drazal.
Tujuh Wali tersebut bersama Wak Darmo di dunia pertama membantu Syaakur meningkatkan kuasanya. Di samping itu, makhluk alam gelap sentiasa memerhati dan mengambil kesempatan. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi bagi meleraikan peperangan itu dan melindungi Lembah Lambai serta orang yang disayangi.
Lakaran aksi tempur bersama pedang dinarasi dan berjaya dilukis oleh penulis dengan amat terang. Saya boleh membayangkan aksi-aksi tempur mereka di tubir mata. Seumpama menonton wayang gambar!
Warna darah penghuni di kedua-dua alam juga berlainan. Darah manusia di dunia pertama pastinya berwarna merah, makanala warna darah makhluk dari dunia kedua berwarna hitam. Satu hal yang boleh saya fahami ialah makhluk puaka atau hantu dari alam puaka tidak berdarah!
Antara plot yang mencuit hati saya ialah seorang makhluk dari dunia kedua sudah insaf dengan onar jahatnya, lalu bertukar menjadi baik dengan izin Tuhan. Namanya Norliyana. Dia bergabung dengan watak-watak utama dari dunia pertama memerangi saudara dan sahabat sendiri dari dunia kedua.
Andai boleh saya tafsirkan, maka saya akan katakan bahawa pemerintah agung alam gelap, Drazal, merupakan Dajjal yang akan muncul di pengakhir umur dunia kita ini. Drazal atau Dajjal inilah yang akan menyesatkan semua manusia sebelum dunia musnah untuk menerima kiamat besar. Walaupun gambaran penulis terhadap Drazal berlainan dengan elemen atau makhluk Dajjal di akhir zaman, namun saya nampak ada hubung-kaitnya dari sudut unsur kejahatan alam gelap yang menjadi imam mereka.
Novel fantasi berat sarat tauladan, hikmah dan unsur ketuhanan ini berjaya dijalin kukuh oleh penulis. Sayangnya ia bersambung. Saya akan tunggu sekuelnya.
Cinta dan cemburu? Memang ada. Bacalah!

3 comments:
Pertamanya, terima kasih buat komennya yang begitu mengharukan saya selaku penulis. Saya sangat2 menghargai kerana tuan sudah bersusah-payah membuat ulasan tentang novel saya itu. Saya juga amat2 gembira dan bersyukur kerana tuan suka dengan karya sulung saya bersama PTS. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya....
Assalamualaikum, sdr. Resman. Engkau bukan "Seorang lelaki yang sering dikatakan gila...". Tidak. Engkau tidak gila, tetapi dengan 'gila' engkaulah, saudara dapat berfantasi menghasilkan sebuah karya yang baik.
Aku bukan memuji kerana apa-apa. Cuma yang baik aku akan katakan baik. Itu sahaja. Teruskan, sahabat Resman. Teruskan berfantasi merentasi segenap cekerawala milik Allah. Moga saudara dianugerah minda yang tajam, bak Pedang Syahadah..
bilakah sambunganya
jalan ceritanya memang menarik
Post a Comment