
Aku berhak bersuara dalam hal ini. Rakan-rakan dan para sahabat yang membaca blog ini bebas membuat tanggapan sendiri. Yang pasti aku adalah salah seorang rakyat Malaysia di sebuah negara yang berdaulat ini. Kalian boleh putuskan apa sahaja tentang komentar aku di sini. Andai kalian peduli dengan pandangan aku, maka aku juga peduli apa yang terjadi kini.
"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya.
Berkaitan dengan itu, Harakahdaily beberapa hari lalu memetik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berkata beliau meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.
“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook pada 10 Jul. 2010.Jadi, apa cerita? Sahlah, semakin hampir dengan pilihanraya umum ke-13. UMNO/BN kian menyempitkan ruang bicara dan diskusi yang dihalalkan oleh demokrasi. Biar apa sahaja ulah menteri KDN terkini, biar apa pun tohmah dan ‘penerangan’ beliau, aku tetap katakan bahawa itulah sikap mereka, dulu dan kini.
Sudah semakin hampir. Biarkan mereka terus berangan-angan dan angkuh dengan tonggak kuasa yang sebentar itu. Biarkan mereka hanyut dengan gelombang kesedaran rakyat. Tindakan pengantungan permit Suara Keadilan dan
Aku sudah lama boikot media pro-UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, RTM dan TV3. Sejak hampir 6 tahun dahulu aku sudah berhenti dari membaca akhbar-akhbar pro-UMNO/BN. Sementara itu, RTM dan TV3 tidak lagi menjadi tontonan aku sekeluarga, terutamanya siaran berita.
Lanjutan dari tindakan kebudak-budakkan dan latahan UMNO/BN ini, agensi berita Bernama melaporkan bahawa KDN buat kali kedua memberi tempoh tujuh hari (lagi) kepada lidah rasmi Pas, Harakah, mulai 12 Julai 2010 bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah pun tamat tempoh permitnya.
Ketua Setiausaha KDN Datu

Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberi penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis. (PAS sudah menjawab
Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.
Dan pada 14 Julai 2010, Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menangguhkan penerbitan akhbar rasmi ketiga-tiga parti, Harakah, Suara Keadilan dan Roket buat sementara waktu sehingga mendapat penjelasan rasmi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berhubung permit tiga akhbar tersebut.
Harakahdaily melaporkan keputusan itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang parlimen pada 14 Julai 2010. Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan ahli pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti.
"Kita akan ikut semua proses dan peraturan yang dikehendaki. Parti-parti telah menjawab surat tunjuk sebab dan lain-lain yang dikehendaki. Buat sementara waktu, akhbar rasmi ketiga-tiga parti ditangguhkan penerbitannya," kata Anwar.Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh juga meminta pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin dipercepatkan bagi membolehkan Pakatan Rakyat membuat keputusan mengenai langkah yang harus diambil.
"Kita meminta supaya dipercepatkan pertemuan dengan Datuk Hishamuddin. Ini kerana menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan memberi ruang supaya jangan nampak Malaysia ini tidak mengamalkan demokratik dan kebebasan media," katanya lagi.Tuan Guru Abdul Hadi pula berkata, semua parti bersedia untuk menghantar wakil daripada pihak pengurusan akhbar untuk bertemu dengan Hishammuddin dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak kementerian.
"Kita memberi jawapan kepada semua soalan yang dikemukakan dan semua parti akan menghantar wakil dari pihak pengurusan suratkhabar menemui Kementerian Dalam Negeri untuk memberi penjelasan dan menjawab soalan yang dikemukakan dan lepas itu kita tunggu dan lihat," katanya.Mengulas pujian KDN kepada kerjasama yang diberikan pihak Harakah, Anwar berkata, KDN sewajarnya membenarkan akhbar tersebut diterbitkan jika pujian itu benar-benar ikhlas.
"Kita ucap tahniah dan kalau betul dia puji berilah kebenaran Harakah bukan sahaja dijual kepada ahli tapi dibenarkan dijual kepada seluruh rakyat. Barulah benar pujian itu. Kalau tidak, pujian itu berniat jahat," katanya dipetik oleh Harakahdaily.
0 comments:
Post a Comment