Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya Web Sutera, seorang pengusaha perkhidmatan katering yang diberi nama Lusiana Catering. Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 (Syawal 1431 Hijrah), Lusiana Catering mengusahakan penyediaan biskut pelbagai rasa. Saya sebagai wakilnya, sukacita menyatakan tempahan sudah dibuka.

Saya tidak menawarkan suatu rasa yang penuh pesona. Juga tidak menjanjikan sejuta impian citarasa yang penuh khayalan. Dengan rasa rendah diri, saya berjanji apa yang Lusiana Catering sediakan ialah suatu idea, citarasa dan variasi biskut yang disalut dengan r
asa kasih sayang, kesungguhan, menghormati pilihan dan cintakan kelainan.

Saya sebagai wakil ingin menyatakan bahawa penyediaan biskut sempena Hari Raya Aidilfitri ini dicipta khas bagi meraikan Syawal yang ceria, walau di mana sahaja.

Hasil idea, kreativiti, air tangan dan cinta chef Hana, dengan izin Allah, akan berbaloi dengan wang yang tuan-tuan dan puan-puan laburkan. Aneka biskut ini diadun dengan resepi rahsia, bersih dan halal dari dapur chef Hana.

Pertanyaan dan tempahan kini dibuka. Terma dan syarat, lokasi pengambilan/pertemuan, cara dan caj penghantaran melalui pos (jika berkenaan), jumlah minima pesanan, tarikh akhir pesanan dan lain-lain info yang berkaitan, akan saya umumkan di blog katering di lain ketika. Namun andai tuan-tuan dan puan-puan ingin bertanya, sila hubungi Lusiana Catering melalui telefon atau emel yang disediakan. Sila rujuk Lusiana Catering di sini.

Di bawah saya senaraikan jenis-jenis biskut yang boleh dipesan:
- Nestum crunches (Nestum rangup)
- Kacang bersuji
- Lemon almond (Almond lemon)
- Dark chocolate oat (Oat bercoklat hitam)
- Semolina
- Almond london
- Chocolate chip (Cip coklat)
- Rich chocolate almond (Almond sarat coklat)
- Sweet pandan (Pandan lawa)
- Snow chocolate (Coklat salji)
Andai ada sahabat dan rakan yang mengenali saya dan chef Hana, Lusiana Catering juga menawarkan tuan-tuan dan puan-puan sebagai agen-agen pemasaran dengan margin yang berpatutan. Sila hubungi Lusiana Catering untuk info lanjut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

0 comments:


Photobucket
top