10 Syaaban 1431 Hijrah - Assalamualaikum. Sudah ganti puasa tahun lepas? Kepada sesiapa yang masih berhutang puasa, saya menyeru supaya digantikan / dibayar dengan segera. Tidak berapa lama lagi bulan yang penuh berkat Ramadhan bakal menyapa pecinta ibadah.
Jangan dilupa pula biskut raya. Usah dibiarkan para tetamu hanya dijamu air sahaja. Selain sajian tradisional seperti ketupat dan lemang bersama rendang ayam atau daging, saya pasti tidak akan lengkap tanpa aneka biskut hari raya. Seperti yang diumumkan sebelum ini berkenaan tempahan biskut Hari Raya Aidilfitri 2010 (1431 Hijrah), di sini saya sertakan terperincinya.
Semua biskut yang Lusiana Catering sediakan dibuat dengan adunan 100 peratus butter tulen. Proses pembuatan dijalankan secara homemade-cookies, tanpa melibatkan sebarang mesin, kecuali oven. Tempahan sudah dibuka dan tarikh akhir penerimaan tempahan ialah pada 18 Ogos 2010.
Lokasi pengambilan / pertemuan ialah di ruang parkir stesen minyak Petronas, Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), di hadapan pasaraya Tesco Ampang. Sebarang cadangan lokasi lain juga diterima andai memudahkan kedua-dua pihak.
Sila ke sini untuk info selengkapnya, insyaAllah.
(P/s: Biskut Hari Raya Aidilfitri dan buku. Apa kaitannya? Tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat tanggapan sendiri. Pastinya itulah saya :-). Buku-buku terbitan syarikat mana yang banyak dan mengapa?)

0 comments:
Post a Comment