Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ekoran dari perbincangan di kelab buku Goodreads Malaysia berkenaan hal piala Perogol Bahasa Melayu, saya panjangkan balasan saya terhadap komen sdr. Khairul H:
Sdr. Khairul H, saya kira kaedah menyerapkan kosakata bahasa Inggeris tertentu, seperti mana saudara senaraikan, tidak salah. Yang menjadi kalut ialah sesetengah penulis menggunakan kependekan yang tidak patut, padahal kata penuh wujud. Contoh mudah ialah "Engkau sudah sihat ke?". Walhal yang betul ialah, "Engkau sudah sihatkah?". Kata "omputih", "korang"; gunakan 'orang putih' dan 'engkau orang'. Payah sangatkah?

Misalan yang termasuk dalam perogolan bahasa Melayu ialah, "Why you tak suka?". Kalau perlukan juga menggunakan ayat bahasa Inggeris dalam sesuatu perenggan, elok guna sepenuhnya; "Why you don't like it?"

Bahasa Melayu juga berkembang dengan menyerap kosakata Arab, Portugis, Indonesia dan lain-lain. Itu elok untuk pengembangan bahasa.
Komen susulan sdr. Najibah pula begini:

En. Web Sutera, saya sokong pendapat di atas, tetapi mungkin apabila berlebihan dan mengetepikan bahasa kita yang sedia ada, ada waktunya rasa menyampah juga. Apapun, ada sedikit perkongsian mengenai sejarah bahasa Inggeris untuk perbandingan dengan sejarah BM:

The English language in all its dialects has been enriched by borrowed words from mamy different languages, including Latin, German, Greek, Celtic, French, Spanish, Italian, Danish, Yiddish, Arabic, Chinese, and Japanese. It also has drawn on American Indian and African tribal languages. For example, a farmer may rise swine (Anglo-Saxon). When he kills and butchers one of the hogs (Celtic), he puts pork (French) on the table, perhaps accompanied by succotash (Algonquian).

The foundation of modern English is the Germanic Anglo-Saxon language. In the year 1066 the French-speaking Normans conquered England, and for the next couple of centuries the French language blended with the Anglo-Saxon, giving rise to modern English. French, in turn, is an pffspring of Latin, the language of the Roman Empire.

Today most of the words in the English dictionary are derived from Latin. But most of the words we use in everyday speech are from Anglo-Saxon.

Sdr. Norabaha pula menulis:

Agak sedih bila melihat anak-anak muda yang guna tulisan SMS. Sesetengahnya saya tak faham langsung. Macam bahasa dalam filem "God must be crazy" kluk klak kluk...bunyinya. Cuba suruh mereka buat karangan, bahasanya akan jadi lintang pukang sebab sudah terbiasa dengan bahasa SMS. Kalau hendak ringkas pun, contoh "saya" jadi "sy" masih boleh faham tapi kalau ada tambahan seperti "kau" jadi "kaw" akan menyebabkan BM jadi lagi rosak.

Baca di sini untuk perbincangan penuh.

2 comments:

Zonan said...

Assalamualaikum

Pendapat saya, cuba mengekori keadaan semasa pada masa yang sama tidak melupai yang asal.

BMT memang perlu tetapi BMR untuk keselesaan halwa telinga.

Untuk insan seperti saya, ketika membaca lebih mementingkan lagi isi kandungan.

Tetapi tidak gemarkan bahasa sms yang akan mempengaruhi para pelajar disekolah.

Web Sutera said...

Alaikumsalam, sdr. Zonan. Terima kasih atas komen. Kita berdua pernah dengan panjang lebar, di suatu sela masa di malam hari, berdiskusi tentang hal ini. Saudara memang mempunyai buah fikiran yang bernas dan mengujakan.

Sdr. Zonan, ketika membaca, masing-masing antara kita mempunyai persepsi tersendiri. Dahulu pun saya tidak kisah akan hal penggunaan bahasa ini. Namun sejak menghadiri kelas yang dianjurkan oleh penerbit PTS, saya sangat teruja dengan komitmen mereka. Keterjuaan saya itu mengakibatkan saya cukup sensitif dengan bahasa Melayu sekarang. Justeru itu, apabila membaca, saya melihat dari dua sudut; cerita dan bahasa yang digunakan.

Saya akan terus memperkatakan hal kesalahan penggunaan bahasa Melayu oleh penulis dan penerbit ini. Walaupun saya sedar akan risiko ditempelak dan disindir lantaran banyak faktor yang dikaitkan dengan saya sendiri, saya tidak akan berhenti di sini, insyaAllah.


Photobucket
top