Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan. Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau mencadangkan bahawa rancangan ini boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan.

PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.


Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudia
n mereka untuk cepat kaya. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.


Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat.
Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.

Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.

Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta.


--- Latheefa Koya, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.


Aku sebenarnya malas hendak kata apa dalam hal ini. Namun inilah ringkasan apa yang mahu aku nyatakan. Kau orang mahu marah aku, marahlah!


Mengikut kata kerajaan UMNO/BN yang bangang itu, judi ada dua; judi 'haram' dan judi 'halal'.


Sifat-sifat judi 'haram' ialah:


1) Pengendalinya menjalankan secara senyap-senyap sendikit judi.
2) Pengendali judi sentiasa lihat sana lihat sini, tengok polis (itu pun kalau polis buat kerja).
3) Penjudi berjudi secara diam-diam, tidak bising.
4) Kerajaan UMNO/BN tak dapat cukai judi 'haram'.

5) Yang kaya tetap pengendalinya.

Sifat-sifat judi 'halal' ialah:

1) Pengendalinya mempunyai lesen yang diberikan (syarikatlah!).
2) Syarikat tidak takut polis lagi, maklumlah sudah 'halal'.
3) Penjudi makin galak nampaknya bertaruh.

4) Wei! Kerajaan UMNO/BN dapat cukailah!

5) Yang kaya ialah syarikat judi!


Pihak yang tetap merana ialah rakyat Malaysia.
Eh, aku salahkah?
Berkaitan:
Pemberian Lesen Judi: PPIM Kecam Kerajaan

0 comments:


Photobucket
top