Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Entri ini berkaitan makanan. Harap jangan marah kerana ia adalah bisnes yang saya usahakan. Apa-apa hal pun, saya harus memberitahu sahabat, rakan dan bakal klien mengenai perkara ini.

Salah satu produk atau servis terbaharu Lusiana Catering ialah menyediakan kuih berikut; talam suji, talam cendol, seri muka dan talam keladi. Kuih-kuih ini juga dikenali sebagai kuih nyonya. Lusiana Catering telah menyajikan jenis kuih ini di beberapa sesi katering pada bulan Mac lalu. Sambutan mengalakkan, alhamdulillah.

Kuih nyonya ini boleh dipesan secara individu dengan tertakluk kepada syarat seperti kuantiti dan lokasi pengambilan (pick up point). Kuih-muih ini sesuai bagi sajian makan pagi, makan tengah hari (sebagai pencuci mulut), minum petang (hi-tea) dan makan malam.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Lusiana Catering (klik sini) melalui nombor telefon yang disediakan atau melalui emel.

Dalam pada itu, perkhidmatan makanan Lusiana Catering juga sedia menerima tempahan pelbagai jenis kek, dari kek cawan, kek coklat sehingga kek perkahwinan.
Pelbagai variasi dekorasi dan rasa boleh dibincang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Photobucket
P/s: Novel Kita Hanya Di Seberang Jalan oleh saudara Bahruddin Bekri kepunyaan saya basah terkena air hujan. Tingkap rumah tidak ditutup, jadi air masuk dan lantai basah. Entah siapa jatuhkan buku itu ke lantai. Bengang betul!

0 comments:


Photobucket
top