Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Maaf, abang. Saya berasa stres sikit bila ada katering yang besar, seperti hari Rabu ini," kata chef Hana sambil memandang saya tatkala sedang makan pagi.

Saya bersama isteri (chef Hana) sedang makan pagi di suatu restoran sebelum membeli barang-barang keperluan untuk dua sesi katering; satu di Taman Teknologi Malaysia pada 25 Mei dan satu lagi di Bursa Saham Malaysia pada 26 Mei 2010.


Katering di Bursa Saham Malaysia pada hari Rabu ini merupakan satu sesi yang berprestij dan memerlukan banyak pemantauan dari segenap sudut. Tetamu yang merangkumi orang Malaysia pelbagai bangsa dan kehadiran pelbagai ras lain dari rantau Asia Pasifik, termasuk dari Hong Kong yang berbangsa Cina dan Barat memerlukan pemantauan teliti dari saya.


Antara tetamu yang akan hadir ialah pengarah regional, pengara
h urusan, ketua dan timbalan ketua bahagian, CIO, pengarah syarikat dan timbalan presiden syarikat terkemuka di Malaysia dan Asia Pasifik.

Itulah maksud chef Hana. Ya, kami berdua memang tidak pernah tidak berasa stres dan bimbang terhadap setiap sesi katering yang besar, termasuk yang saya nyatakan di sini. Alhamdulillah, justeru perasaan stres dan bimbang inilah yang meletakkan saya dan chef cukup berhati-hati dan prihatin dalam menyediakan semua keperluan ketering.


Inilah mungkin apa yang dikatakan kawalan stres. Stres yang dapat
dikawal boleh menatijahkan kejayaan, insyaAllah. Jika tiada stres pula, maka mungkin ada hal-hal yang tidak sepatutnya terjadi lantaran kurang penelitian dalam setiap perancangan dan tindakan.

Majlis pada 26 Mei ini memerlukan empat kali sajian. Justeru itu, perhatian teliti saya turut merangkumi penyediaan meja dan suasana bufet; jenis pinggan, piring, cawan, sudu dan garfu yang bersesuaian dengan majlis; tatacara majlis berlangsung; sela masa untuk setiap sajian; pakaian pramusaji; dan persembahan keseluruhannya. Ini penting kerana sesi makan turut mengambil sudut psikologi.


Antara menu pada 26 Mei 2010 ialah seperti tersenarai di atas (dalam bahasa Inggeris). Apa juga perancangan, akhirnya penentu ialah Allah. "Ya Allah! bantulah hambaMu ini dalam menguruskan rezeki yang Engkau anugerahkan."

0 comments:


Photobucket
top