Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Assalamualaikum, tuan. Dari mana?", tegur Amir kepada Izam sebaik nampak kelibat rakannya itu.
“Alaikumsalam warahmatullah. Aku dari kedai beli ubat nyamuk,” balas Izam sambil tersenyum.
Kedua-dua mereka lantas ketawa girang.

“Eh, pilihanraya umum ke-13 bila?”.

“Entahlah. Kalau ikutnya tahun 2012 atau 2013. Kalau tak salah akulah.”

“Pakatan Rakyat boleh maintainkah di Selangor?”

"Kenapa engkau tanya begitu?" soal Izam sambil menyeluk tangan kiri ke dalam poket seluar.
“Kau tak perasankah sentimen orang Melayu di Selangor? Iyalah UMNO asyik teropong setiap salah tingkah PR,” soal Amir kembali.

“Itu aku tahulah. Memang jadi tugas UMNO pun. Kenapa pula?"
“Aku bimbang. Melayu di Selangor akan berubah nanti. Iyalah, dengar banyak duit digunakan untuk sekolah Cina dan Tamil di Selangor. Juta sana, juta sini. Sekolah majoriti Melayu apa cerita? Itu belum termasuk bantuan-bantuan lain.”

Izam terdiam. “Aku pun ada terbaca juga dalam Internet dan laman berita berkenaan bantuan yang diberikan itu.”

“Aku tahu bahawa kemenangan PR di Selangor banyak dibantu oleh pengundi Cina dan India. Tetapi jangan pula kerana ingin sangat memperoleh undi mereka, kebajikan orang Melayu diabaikan," jelas Amir.

Izam menggaru kepala dan tersenyum kelat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak UMNO/BN menang tipis di pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Pakatan Rakyat (PR) menang di Sibu, saya telah menerima beberapa emel berunsur perkauman. Saya yakin kandungan emel itu didalangi oleh juak-juak UMNO yang sampai sekarang masih gila talak. Nampaknya pilihanraya umum ke-13 semakin terasa.

Kandungan emel-emel tersebut menumpukan kepada peralihan sokongan kaum Cina kepada PR. Keputusan rakyat di Hulu Selangor dan Sibu makin ketara nampaknya. Setiap emel tersebut saya baca dan teliti, dan serta-merta saya buang dalam tong sampah!

Berhati-hati dengan anasir gerakan saraf yang sudah dimulakan oleh juak-juak UMNO demi untuk menang di PRU ke-13 secara busuk!

Ini pandangan Nasrudin Hassan at-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkenaan gerak saraf yang saya sebutkan.
“Bertolak dari isu yang mereka cipta, gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan Melayu mula digerakkan. Pada mereka apabila UMNO kalah maka Melayu kalah. Walhal UMNO tidak lagi dilihat mewakili orang Melayu sebaliknya perjuangan UMNO lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya pernah diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah.

“Sebagai rakyat berbangsa Melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi Melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi.

“Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini, UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.”

1 comments:

mohd said...

“Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini, UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.”


yeke?
aku mmg xsokong umno
tp melihatkn reformis yg bersusah pyh d zmn TDM dan pengikut anwar yg same2 bjuang diwaktu ssh,rmi yg dh bebas
knp?
jgn sebut psl xdpt projek rm2.klu psl duit,dr dulu lg mereka xperlu bersusah pyh.mnangguk je di air keroh..
tp benarkah hakikatnya pemimpin melayu di pr xde kuasa sbnrnye
mereka hanya mahukn pemimpin melayu yg rmi pngikut mnyokong tindakan mereka.cukoplah DSAI sorg shj..
dan litle paroah akan uruskn segalanyanya.sedihnya aku tgk PAS semcm tikus je.nk takot ape.ni negara islam.persetankn aje dap2 yg nk memijakkn kepala islam..aku xpernah percaya LGE dgn khalifah umar die.bkn perangai khalifah klu xbleh terime teguran.biarah aku diperbodohkan umno dari dipijak kepala oleh dap yg blakon terang-terangan konon2 terime islam..dan ade pun pemimpin pas islam penakot nk jage periok nasi,suke pada lakonan tu


Photobucket
top